Dalam satu perkembangan terbaharu, kapal yang dinaiki salah seorang sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA Strim bagi misi Global Sumud Flotilla (GSF) dimaklumkan sudah ditahan oleh pihak IDF.
Zainal Rashid menerusi satu kiriman voicenote kepada penulis terkemuka, Dr Faisal Tehrani memaklumkan bahawa dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja dan pihak Israel dikatakan curiga mengapa kapal Fair Lady yang dinaikinya itu tiba lebih lewat daripada kapal sukarelawan lain.
Kami memaklumkan kapal kami mengalami kerosakan enjin dan kemudian mereka pergi. Kami standby untuk mereka datang balik dan ‘handphone’ ini akan dibuang bagi sebarang bentuk pengesanan rahsia,” katanya.
View on Threads
Kapal itu juga katanya belum diperiksa sepenuhnya dan disebabkan itu beliau masih boleh menggunakan telefon untuk memaklumkan maklumat terkini.
Pun begitu, Zainal juga menjelaskan pihak IDF akan memindahkan mereka ke kapal yang lebih besar selepas ini dan di situ akan dijalankan siasatan yang mana mereka akan dibawa ke pusat imigresen di Ashdod, Israel untuk ditahan.
Kemudian barulah mereka beri tawaran, satu, pengakuan masuk Israel secara salah boleh dibebaskan dalam tempoh 72 jam.
“Ataupun enggan mengaku salah akan dibicarakan selepas tempoh seminggu dilokap,” katanya.
Artikel berkaitan: Konvoi Global Sumud Flotilla Kini Berlayar Dari Tunisia Ke Gaza, Cabar Sekatan Israel Demi Sampaikan Bantuan Kemanusiaan
Artikel berkaitan: “Maafkan salah silap adik” – Mesej Terakhir Peserta Termuda GSF Dari Malaysia Kepada Ibu Ayah Buat Ramai Sebak
“Mereka mungkin rasa orang-orang yang ada dalam kapal ini orang selekehan”
Dalam satu perkongsian voicenote baru, Zainal juga memberitahu pihak IDF berasa aneh dengan kapal yang dinaikinya itu kerana lewat 5 jam daripada kapal-kapal lain selain menganggap orang-orang di dalam kapal itu sebagai orang-orang selekehan kerana belayar dengan kapal yang rosak.
Jadi mereka kata tunggu di sini, tidak ada kekerasan, tiada suluhan lampu, semburan cat, tiada semburan bahan kimia, tiada pelepasan sebarang bentuk amaran, tiada siren dan tiada buat ugutan,” katanya.
Menurutnya, kapalnya mungkin ditafsir sebagai kapal yang hanya ‘ikut-ikut’ dan tidak bernilai kerana tidak mempunyai sebarang VIP di dalamnya.
View on Threads
Walau bagaimanapun, buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Zainal Rashid dan ahli di dalam kapal yang dinaikinya itu sama ada sudah ditahan ataupun tidak oleh pihak IDF setakat artikel ditulis.
Terdahulu, menurut sistem pengesanan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, ditahan tentera Israel selepas rejim Zionis itu memintas kapal berkenaan.
Sumber: Kosmo!, Thread Faizal Tehrani