Penantian setelah hampir dua bulan lebih tidak beroperasi, Finally Zoo Negara akan dibuka semula esok.
Hal ini dapat direalisali setelah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Lembah Klang kata Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmad Lana.
SOP yang ketat dengan hanya 2,500 pengunjung dalam satu masa, penjarakan fizikal sebanyak 5 meter dan beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang.
“Kami bersyukur dan berterima kasih walaupun dalam tempoh PKPB (sebelum ini), kunjungan begitu menggalakkan. Kami sebenarnya bimbang kerana sekiranya Zoo Negara masih belum dibuka, pihak kami akan mengalami masalah,”
Ujarnya pihak Zoo Negara telah menerima sumbangan lebih RM 11 juta sejak Januari 2020 hingga Januari 2021 daripada badan kerajaan, bukan kerajaan (NGO), badan sukarelawan mahupun individu.
Sumbangan tersebut bagi membeli bekalan makanan haiwan, perubatan serta menguruskan haiwan secara berterusan yang dijangka mampu bertahan hingga April ini dipetik daripada Harian Metro.
Baca : Majlis Sosial, Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi Dibenarkan Di Kawasan PKPB ; PKPP Bermula 5 Mac