in

YouTuber Politik UK Kena Kecam Dengan Netizen Indonesia Gara-gara Hina Batik

mahyar tousi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

G20 ialah forum antara kerajaan yang terdiri daripada 19 negara serta Kesatuan Eropah, ia berfungsi untuk menangani isu utama yang berkaitan dengan ekonomi global, seperti kestabilan kewangan antarabangsa, mitigasi perubahan iklim dan pembangunan mampan.

Untuk pengetahuan semua, persidangan G20 kali ini diadakan di Nusa Dua, Bali, Indonesia pada 15 hingga 16 November 2022.


Pemimpin-pemimpin negara yang berada di persidangan tersebut mengenakan baju batik yang menjadi tradisi Indonesia bagi menghormati negara tersebut.

Sebuah gambar yang memaparkan beberapa orang pemimpin termasuk Justin Trudeau dan Rishi Sunak memakai kemeja bercorak batik dimuat naik oleh seorang YouTuber politik dari England dengan kapsyen yang menghina persalinan tersebut.

g20

Gara-gara tweet tersebut, pemilik akaun @MahyarTousi itu ‘diserang’ malah mendapat ancaman bunuh daripada netizen Indonesia di kesemua media sosialnya termasuklah YouTube.

g201

Disebabkan perkara itu, YouTuber berkenaan telah pun memadam tweet tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi sebuah thread di laman Twitter miliknya.

“Sekali lagi, saya memohon maaf atas tweet jenaka mengenai pemimpin G20 yang memakai pakaian tradisional Indonesia.

Kami di Britain hanya membuat jenaka tentang Sunak & Trudeau memakainya, tiada niat buruk dan tidak menghina budaya itu.” tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, akaun media sosial YouTuber berkenaan masih dipenuhi dengan hentaman daripada netizen Indonesia.

Hmm, silap lah cari pasal dengan netizen Indonesia…

Baca: “Content positif macam ni lah bagus” – Anak Muda Indonesia Ini Dipuji Bersihkan Sungai Beramai-ramai

F4 River Cleaning Id

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.