Seluruh negara di dunia telah mengambil inisiatif untuk membuat langkah pencegahan awal dalam membendung wabak Covid-19, contohnya membasuh tangan dengan kerap, memakai face mask, elak pergi ke tempat ramai orang dan melakukan penjarakan sosial.
Hal ini kita dapat lihat di salah sebuah restoran di Bangkok, Thailand yang menjadikan patung panda sebagai simbolik untuk penjarakan sosial. Hal ini bertujuan untuk membantu pengunjung yang datang makan di restoran berkenaan mempraktiskan penjarakan sosial, lapor India Times.
Dapat dilihat menerusi gambar yang dikongsikan, kelihatan patung-patung panda diletakkan di atas kerusi supaya takde orang duduk kat situ. Pelanggan menikmati makanan di restoran itu apabila mereka duduk bersebelahan dengan patung panda comel itu sebagai jarak sosial untuk mengelak penularan virus ini.
Alahaii… kalau single ni takde lah rasa lonely sebab ada panda teman makan. hehe
Pekerja restoran berkenaan meletakkan topi di atas kepala patung panda itu.
Korang tengok, comel kan
Dalam pada itu, pihak restoran juga menggunakan penghalang plastik di atas meja untuk membuat penjarakan jarak sosial dengan orang lain.
Pelanggan yang datang ke restoran berkenaan berasa sangat gembira kerana dia dah boleh keluar makan pertama kalinya.