Semalam telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu kali ke-34 yang menyaksikan Naim Daniel meraih gelaran juara dengan lagunya Sumpah.
Namun lain pula yang mencuri tumpuan netizen pada malam tadi, salah satunya persembahan Aina Abdul yang mengundang kritikan dan pertikaian Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA).
“Konsep bunuh diri keterlaluan dan langgar peraturan”
Dalam kenyataan yang dikeluarkan persatuan tersebut, mereka menyelar persembahan Aina yang disifatkan seakan mendorong penonton untuk mencederakan diri, lapor Harian Metro.
Persembahan konsep bunuh diri berkenaan keterlaluan dan melanggar peraturan.”
Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bunuh diri di pentas AJL tahun ini? Stesen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.”
Aina yang mengenakan dress serba putih kelihatan memukul-mukul dadanya sebelum darah membuak-buak keluar membahasahi pakaian yang dipakai aina.
Namun MIASA berpendapat bahawa persembahan itu boleh mencetuskan pemikiran dan mungkin mendorong golongan yang memiliki masalah mental untuk menamatkan riwayat mereka.
Terpanggil untuk mengulas keadaan sebenar, Aina menjelaskan bahawa darah tersebut adalah simbolik kepada perasaan kecewa seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatan sendiri, sekaligus menolak dakwaan persembahannya membawa konsep bunuh diri.
Malah rata-rata netizen pun menyokong Aina selain ‘pelik’ dengan pihak tertentu seakan cuba memperbesarkan isu tersebut.
Korang baca apa kata netizen :
“Nampak la macam ada FUNCTION, kalau tak aku pun tak tau persatuan ni wujud…”
“Kat mana sudut bunuh diri tu???”
Bagi penulis, okey je persembahan Aina tapi lain orang lain interpretasi dia kan.
Baca : Cikgu ejek pakaian dia Pelajar 16 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Jadi Target Guru di Sekolah