Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) katanya akan memperkenalkan kod khas di lesen memandu bagi mengesan institut latihan yang melahirkan ramai pemandu gagal mematuhi peraturan lalu lintas hingga sebabkan kemalangan.
Menurut Astro AWANI, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, jika ramai pemandu dari sekolah memandu itu yang terbabit kemalangan, kemungkinan besar tindakan akan dikenakan terhadap pengusaha atau pemiliknya.
Antara tindakan lain yang boleh diambil ialah dengan membatalkan permit institut memandu dan tarik balik sijil pengajarnya.
Kod ini juga katanya akan diperkenalkan pada program e-testing April depan.
“Aneh. Yang luluskan ujian memandu adalah pegawai JPJ…”
Tindakan tersebut walau bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati netizen yang merasakan perkara ini tidak masuk akal kerana yang meluluskan ujian memandu pelajar ialah pegawai JPJ sendiri dan bukannya institut memandu ataupun guru terlibat.
Menerusi tweet dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, dia merasakan tindakan tersebut sepatutnya dikenakan kepada pegawai JPJ yang meluluskan ramai pemandu yang bermasalah di jalan raya.
Aneh. Yang luluskan ujian memandu adalah pegawai JPJ, bukan pusat latihan. Kenapa tidak kenakan tindakan pada pegawai yang luluskan ramai pemandu bermasalah? pic.twitter.com/glccq0jiSm
— Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) January 31, 2022
“Padahal ramai dengar orang lulus tanpa test bayar kat JPJ”
Tak cukup dengan itu juga, ramai di kalangan netizen mengait isu ini dengan isu rasuah yang melibatkan pelajar dan pegawai JPJ.
Ramai yang mendakwa sering mendengar ura-ura berkenaan pelajar memandu yang gagal telah ‘menghulurkan’ wang kepada pegawai JPJ untuk lulus ujian.
Apa-apapun, perkara ini boleh dianggap sebagai inisiatif JPJ untuk mengurangkan statistik kemalangan jalan raya yang seringkali berlaku sejak akhir-akhir ini.
Baca: Tular Video Kenderaan JPJ Iringi Lori Balak Di Jalan Raya, Rupanya-rupanya…