in

“Yang lalui je faham” – Ibu Cekik Anak Autistik Sampai Mati Sebelum Bunuh Diri Sebab ‘Depressed’ Jaga Anak

Collage 27 E1624763260422

Bukan senang nak jaga anak-anak istimewa…

Seorang wanita cekik anaknya yang autistik dan ADHD berusia lima tahun di rumah sebelum tikam dirinya sampai mati berdekatan Bukit Timah, Singapura.

Wanita yang berasal dari Jepun, Nami Ogata ini sempat meninggalkan surat kepada suaminya sebelum membawa anaknya yang telah meninggal dunia ke dalam kereta dan memandu ke lorong sentosa sebelum dia membunuh diri.

Koroner Negeri Kamala Ponnampalam telah mengesahkan kematian Nami sebagai “tindakan membunuh diri yang disengajakan” manakala anak lelakinya, Sotaro, “mati di tangan ibunya”, lapor The Star.

Cuba dapatkan rawatan

Images

Dalam laporannya ini, Kamala mengatakan yang ibu ini telah mendapatkan rawatan untuk penyakit mental yang dihadapinya serta memberitahu pakar psikiatri yang dia ada fikir nak bunuh diri dan rasa depress sekurang-kurangnya tiga hari sebelum insiden ini berlaku pada 14 November tahun lalu.

Ibu kepada dua anak lelaki ini juga turut memberitahu doktor, sejak beberapa bulan lalu dia sering gelisah dan tak boleh nak tidur. Selera makan, berat badan, dan rambutnya turut berkurang.

Dia turut memberitahu doktor yang dia stress dengan anaknya Sotaro tanpa memberitahu sebab sebenar.

Nami kemudiannya dirujuk ke jabatan kecemasan perubatan di Hospital Awam Singapura. Di sana, dia menafikan sering fikir tentang bunuh diri namun memberitahu dah alami kemurungan selama setahun.

Wanita ini kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah lepas diberikan ubat tidur dan diberikan temujanji untuk bertemu pakar psikiatrinya keesokan harinya.

Dalam surat yang ditinggalkan untuk suaminya, Nami memberitahu, ubat yang diberi tak berkesan dan mengatakan yang dia akan bawa Sotara bersamanya. Dia juga turut meminta maaf atas tindakannya dan berulang kali meminta suaminya untuk jaga anak bongsu mereka.

Kronologi kejadian

904700

Pada 30 Oktober, isteri Nami telah pergi ke China atas urusan kerja dan mengatakan ketika dia bercakap dengan isterinya pada 10 November, Nami tak ada tunjuk apa-apa perangai yang pelik.

Pada malam 13 November, Nami telah membacakan buku cerita kepada dua anak lelakinya ini hingga dorang tertidur sebelum mesej orang gajinya mengatakan dia nak bawa anaknya Sotaro ke hospital kerana “demam”.

Siasatan polis menunjukkan yang Nami mungkin telah mencekik anaknya di ruang tamu menggunakan tali elastik dan tali raffia.

Dia kemudiannya memandu keluar dari rumahnya dengan mayat anaknya yang ditutup menggunakan selimut putih dan pisau dapur.

Pihak polis telah menemui mayat Sotaro dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan dan mayat Nami pula ditemui kira-kira 10 meter dari keretanya.

 

Baca: “You think my brother is crazy?”- Luahan Seorang Kakak Budak Autistik

Screenshot 2020 10 20 At 2.11.06 Pm

Sumber: The Star