Pendedahan yang dibuat oleh Puteri Balqis menerusi Instagram Story, semalam, telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Keluarga Itu itu dilaporkan meminta seorang lagi pelakon yang popular sejak zaman kanak-kanak, Mia Sara Nasuha, agar tampil memohon maaf kepada ibunya.

Artikel Berkaitan: “Terpulang nak percaya ke tak” – Mia Sara Nafi Buka Tudung & Berparti
Artikel Berkaitan: “She’s not my friend” – Pelakon Cilik Mia Sara & Puteri Balqis Bergaduh?
Yang kaki club bukan mak aku. Yang kaki botol bukan mak aku. Yang makan dadah bukan mak aku. Itu kau. 100% kau. Aku dah dididik dengan baik, tapi aku yang si*l. Hadam ayat ini. Mak kau tak didik kau ajaran agama. Sounds familiar? It’s your words,” tulis Puteri Balqis.
Difahamkan, Mia Sara Nasuha didakwa pernah meninggalkan komen dan menyukai komen yang berunsur penghinaan terhadap Puteri Balqis dan ibunya pada beberapa tahun dulu di media sosial.
Difahamkan, komen tersebut telah mendakwa ibu Puteri Balqis tidak mendidik Puteri Balqis. Boleh lihat perkongsian Puteri Balqis di Instagram ini.

