Lumrah untuk seseorang artis menerima kecaman di media sosial, setiap tindak tanduk akan diperhatikan untuk dijadikan bahan kecaman mereka.
Mesti ada je yang tak kena dekat mata mereka kan?
Sudah semestinya pelakon Aeril Zafrel tidak terlepas dengan ‘ancaman’ ini. Bagi mereka yang ada follow Aeril di media sosial, kebanyakan posting nya menunjukkan kehidupan mereka satu keluarga dan sweet moment bersama isterinya Wawa Zainal.
Baru sembuh daripada Covid-19
Malah, secara umumnya kita tahu bahawa Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan bahawa Aeril dan pengurusnya disahkan positif Covid-19 pada 20 Januari lalu.
Dia diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari dan disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan kedua beberapa hari lepas.
https://www.instagram.com/p/CKoO3JEsIIT/
Akui rindu dengan keluarganya, dia akhirnya dapat menunaikan solat jemaah bersama Wawa Zainal. Detik manis dapat ‘lepas rindu’ itu ada dikongsikan di Instagram baru-baru ini, masa ni ada lah netizen yang mula ‘buat kerja’.
https://www.instagram.com/p/CKtX0IXnzOh/
“Memang nak kena showoff ke”
Ada seorang warganet ni kata Aeril macam nak menunjuk-nunjuk. Mereka yang ada follow Aeril ni sedia maklum bahawa Aeril ni memang terkenal juga dengan ayat sarkastik, cakap lembut je tapi memang deep.
Aeril ada bagi respon terhadap komen itu dan raih sampai 10K jumlah likes. Rata-rata netizen yang lain sokong dengan statement Aeril yang ringkas tapi savage!
Auch! Burnnn!!! Apapun kami nak ucapkan tahniah sebab dah berjaya tempuh dugaan hidap Covid-19 ini.