in

YAKIN : Aplikasi ‘One Stop Centre’ Bantu Pengguna & Usahawan Muslim

Yakin App Ppim

Baru-baru ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah melancarkan sebuah aplikasi baharu yang dibangunkan oleh Cresent Digital Sdn Bhd (Cresent Digital) hasil kolaborasi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang dikenali sebagai YAKIN.

Mengambil dari perkataan Arab yang antaranya memberikan maksud ‘pasti,percaya dan tidak ragu-ragu’, YAKIN  merupakan aplikasi mudah alih rasmi PPIM dalam usaha memperkasa pengguna dan usahawan muslim era digital.

Dalam masa yang sama, ia bakal bertindak sebagai pemangkin dan pemacu inovasi tempatan bernilai tinggi dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi digital Islam di Malaysia.

Icn06966 3

Dilancarkan secara rasmi baru-baru ini, YAKIN sudahpun sedia untuk dimuat turun secara percuma oleh pengguna dan boleh dijadikan sebagai ‘one stop centre’ untuk orang ramai yang ingin mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan PPIM seperti aduan hal ehwal pengguna, bantuan mangsa ahlong, sumbangan derma dan pastinya bagi mendapatkan informasi terkini dari PPIM secara mudah dari telefon pintar pengguna.

Menggunakan slogan Aplikasi Digital Gaya Hidup Muslim, YAKIN dibina bagi membantu pengguna Islam untuk menerapkan gaya hidup muslim dalam kehidupan seharian melalui fitur dan ciri-ciri yang tersedia dalam modul ‘Ibadah’ aplikasi berkenaan.

Selain waktu solat, modul Ibadah aplikasi YAKIN turut dilengkapi dengan arah kiblat, doa harian, tasbih dan pelbagai lagi. Lebih menarik, pengguna boleh memilih laungan azan dari artis terkenal tanahair, Black Hanifah.

Icn07173 1

Menurut Datuk Nadzim Johan selaku Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, aplikasi ini bukan sahaja disasarkan kepada pengguna, malah dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniagaan-perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka kepadasemua pengguna.

Difahamkan, selain ciri-ciri yang telah tersedia dalam aplikasi YAKIN terdapat pelbagai lagi ciri yang akan diperkenalkan seperti direktori scammers, tinjauan, e-Dagang, direktori perniagaan Islam dan pelbagai lagi dalam fasa selanjutnya.

Aplikasi YAKIN boleh didapati dan dimuat turun secara percuma di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery untuk semua telefon pintar Android dan iPhone.

Ikuti aplikasi YAKIN di Instagram dan Facebook dengan nama @YAKINAPP.

Sumber: YAKIN
Sumber: YAKIN