in

“Ya Allah, kesiannya pakcik ni” – Berbuka Dengan Kerak Roti, Itu Pun Dapat Dari Longgokkan Sampah!

Untitled design 6 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak PKP dilaksanakan, kita dapat lihat ramai netizen yang sering melakukan kerja amal dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Bantuan yang diberi tak semestinya berbentuk duit, asalkan sumbangan tersebut dapat membantu mereka dalam memudahkan urusan seharian pun dah cukup.


Baru-baru ini sebuah badan NGO, i-Sejahtera Malaysia ketika menjalankan aktiviti bantuan, mereka terjumpa seorang lelaki tua sedang menyelongkar sampah di tepi jalan.

Menerusi akaun Facebook Dato Hamizan Bin Amzah, pengerusi NGO i- Sejahtera. Dia telah kongsikan cerita mengenai pak cik ini.

bantu1

Difahamkan, ketika di persimpangan lampu isyarat Dato’ Hamizan telah ternampak pak cik ini sedang menyelongkar sampah.

Bila mereka bertemu dan tanyakan pak cik ini, ternyata dia sedang mencari makanan untuk berbuka puasa. Allahu…kesiannya…

Pak cik itu menunjukkan bekas sisa roti yang terbuang untuk di makan sewaktu berbuka.

bantu3

Atas rasa simpati dengan keadaan pakcik tersebut, Dato’ Hamizan telah menghulurkan sedikit barang keperluan dan sumbangan wang zakat untuk pakcik itu buat belanja.

Disebabkan mereka masih lagi menjalankan tugas ketika itu, masa mereka bersama pakcik itu tersangatlah singkat sehingga dia tidak tahu kisah pakcik tersebut.

bantu2

Lihat pada ruangan komen, netizen bangga atas sikap Dato’ Mizan yang menolong orang di mana sahaja. Tidak semestinya kita mengikut list untuk bantu orang, sebenarnya di sekeliling ada je orang yang perlukan bantuan.

 

Semoga murah rezeki Dato’

bantu4

Alhamdulillah..

bantu5

 

Baca: “Yg mcm ni patut dpt bantuan” – Netizen Simpati Tengok Nasib Pelakon Veteran Ali Ringgo

Annotation 2020 05 18 145933 1

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.