Meskipun sudah meningkat usia melebihi 40 hingga 50 tahun, wanita zaman sekarang ternyata kelihatan awet muda kerana bijak menjaga kecantikan diri dan pandai bersolek.
Sebagai contoh, ibu kepada pengguna TikTok @nurindahklatey ini yang masih lagi jelita dan baru bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.
“Ramai ingat umur my mum 30 lebih”
Menerusi perkongsian gadis tersebut, dia baru-baru ini menghadiri majlis perkahwinan ibunya sendiri dan sangat terharu melihat ibunya yang kelihatan cantik di hari perkahwinan.
Menurut Nur Indah, ibunya yang berusia 50 tahun ini sering dikatakan berusia 30-an kerana pandai menjaga kecantikan kulit.
Malah anaknya sendiri juga mengakui ibunya jauh lebih cantik daripada mereka. Wahhh!
@ronaldinhokelate My mum kawin??? i cry sebab dia cantik drp anak2 nya?? #kahwincheck #kahwinpkp
“X berhenti mata pengantin lelaki tengok mak awak”
Video tersebut telah mendapat respon positif netizen yang mendoakan kebahagiaan bagi perkahwinan baru ibu Nur Indah.
Dalam pada itu, ramai juga yang tertarik melihat reaksi pengantin lelaki yang tak berkedip melihat isterinya yang tertanya sangat cantik berbusana pengantin.
Lawa emaknya walaupun dah usia 50 tahun. Min pun jeles tengok! Hiks!