Apabila tiba sahaja bulan Ramadan dan Syawal, sudah menjadi tradisi masyarakat kita bermain bunga api, mercun serta meriam bersama saudara mara mahupun rakan-rakan. Hari raya terutamanya sering dinantikan sebab waktu ni lah semua keluarga dapat berkumpul dan mengubati rindu masing-masing.
Kita tolak tepi benda-benda cliche masa hari raya contohnya macam makanan dan pakaian sebab kita nak bercerita dengan lebih dalam tentang meriam. Kalau zaman dahulu, mana ada orang jual mercun moden yang boleh terbang sana sini tu. Sebab itu la ramai orang memilih untuk buat meriam bagi meriahkan lagi raya.
Sebenarnya zaman sekarang ni, tak ramai anak muda berminat tentang meriam. Jadi, jom min kongsikan dekat korang 5 jenis meriam yang masih wujud yang mungkin ramai tak tahu!
Disclaimer: Korang tak digalakkan untuk cuba buat meriam ni kerana ia boleh datangkan kecederaan terutama sekali bagi kanak-kanak.
1. Meriam Buluh (Klasik habis!)
Meriam buluh merupakan meriam yang paling ramai orang main disebabkan cara pembuatan yang agak mudah dan cara mainnya pun senang. Meriam ni turut keluarkan bunyi yang sangat nyaring bergantung pada skil pembuatan meriam tu sendiri.
Ada yang kata kena ikat badan buluh dengan tali dan tak lupa juga pemilihan karbaid (calcium carbide) yang berkualiti. Korang pernah cuba tak?
2. Meriam Katak / Meriam Tin
Meriam ni sebenarnya kurang popular berbanding dengan meriam buluh. Meriam ni istimewa sikit sebab banyak benda korang kena sediakan. Pertama sekali, mestilah korang kena korek tanah.
Fungsinya untuk tanam sesuatu untuk dijadikan tempat meletak karbaid macam tempurung kelapa atau tin yang dipotong.
Lepastu korang sediakan baldi, tong atau benda yang boleh tutup bahagian karbaid tadi untuk kepung segala gas yang ada. Kemudian, cucuh macam biasa di lubang kecil (sama macam meriam buluh) dan BOOM! Memang kuat habislah bunyi!
Yang menariknya, tong atau baldi tadi akan terbang ke atas selepas letupan dan ramai yang lari lintang-pukang sebab nak elak dari terkena kepala.
3. Meriam Besi
Meriam besi ni adalah meriam buluh cuma ditukar kepada bahan yang lebih kuat seperti besi keluli. Cara pembuatannya lebih kompleks dan bunyi meriam ni lebih nyaring berbanding meriam buluh.
Kalau korang nak tahu di Kampung Talang Kuala Kangsar, Perak memang famous dengan tradisi main meriam tiap kali malam raya, sampaikan meriam yang dorang guna dipanggil Meriam Talang.
4. Meriam Botol
Bahan utama meriam ini semestinya botol tapi kena pastikan ia diperbuat daripada plastik yang nipis sebab kalau tebal, ia takkan meletup. Min pun baru tahu!
Cara penyediaannya pula, korang masukkan karbaid sampai suku botol dan masukkan air dalam jumlah sama lepastu tutup botol seketat boleh. Kemudian, baling jauh-jauh dan sampai masa botol tu akan meletup dan buat bunyi yang sangat kuat. Menarik kan?
5. Meriam Tanah
Meriam ni paling susah nak buat sebab korang kena tanam meriam ni dalam tanah. Semua bahan akan ditanam hampir keseluruhannya dan hujungnya dibiarkan keluar. Kalau nak lagi senang korang boleh tanam dekat lereng bukit.
Kaedah yang sama digunakan iaitu pakai karbaid, air dan api. Bunyi yang dihasilkan pun boleh tahan kuat dan kelebihan meriam ni, ia takkan meletup sampai boleh cederakan orang lain.
Korang pernah cuba tak main meriam yang min sebutkan tu? Cuba lah sekali seumur hidup, mesti syok! Tapi pastikan korang hati-hati dan ada pantauan daripada orang berpengalaman atau orang dewasa okayy!
Baca: “Macam tak boleh main tempat lain” – [VIDEO] Polis Cari Lelaki Main Meriam Tepi Jalan Raya