in

“Wow, Malaysia!” – Netizen Teruja ISS Kongsi Foto Sungai Kelantan 418 KM Dari Angkasa

sungai kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka, laman Facebook International Space Station (ISS) memaparkan gambar Sungai Kelantan yang dirakam dari angkasa ketika stesen itu berada kira-kira 260 batu (418 km) di atas permukaan Bumi, baru-baru ini.

Selain Sungai Kelantan, ISS turut berkongsi beberapa imej lain yang menonjolkan kepelbagaian hidrosfera Bumi.


Antara yang dipaparkan ialah beting pasir di Bahamas, perairan kaya biologi di Teluk California, serta Tasik Pyramid di Nevada, Amerika Syarikat.

586513988 1267836045382986 3499393704596045017 n
Gambar Sungai Kelantan yang dirakam dari stesen ISS.

Artikel berkaitan: Hulu Sungai Sepatutnya Jadi ‘Safe House’ Ikan Sungai, Pakar Tegur Keburukan Buat ‘Empangan’ Dari Batu 

Artikel berkaitan: 3 Mangsa Terjatuh Ke Dalam Sungai Kelantan Lepas Jeti Tambatan Diraja di KB Runtuh

Menurut hantaran itu, siri imej tersebut menunjukkan bagaimana aliran air, sedimen dan bentuk muka bumi saling berinteraksi dan berubah mengikut masa.

Jelas ISS, pemandangan dari angkasa itu merupakan satu perspektif unik yang hanya dapat dilihat menggunakan foto dari satelit.

“Sungai Kelantan mengalir merentasi salah satu kawasan berkepadatan tinggi di Malaysia sebelum keluar ke Laut China Selatan.

“Di tebing timurnya terletak Kota Bharu, sebuah bandar yang diasaskan pada akhir abad ke-19 dan kini menjadi kediaman kira-kira 570,000 orang,” tulis ISS.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima hampir 1,500 tanda suka dan lebih 100 perkongsian.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.