in

Wisma Putra Nasihat Tangguh Perjalanan Ke Kawasan Konflik Palestin

Ft Tangguh Perjalanan Ke Palestin

Kementerian Luar (Wisma Putra) menasihatkan mana-mana pihak yang ingin membuat perjalanan ke kawasan konflik Palestin – Israel agar menangguhkan dahulu perancangan mereka berikutan keadaan keselamatan yang masih meruncing disebabkan ketengangan antara kedua-dua pihak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Wisma Putra menasihati badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat untuk ke kawasan berkenaan supaya merujuk perancangan mereka kepada kementerian terlebih dahulu.

Kenyataan tersebut juga memberitahu ketika ini terdapat lima rakyat Malaysia di Tebing Barat dan pihak kedutaan Malaysia di Amman sentiasa berhubung dengan mereka.

Selain itu, mana-mana pihak atau warganegara Malaysia yang mempunyai maklumat mengenai saudara mara atau kenalan yang masih berada di kawasan konflik dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak kementerian agar bantuan boleh disalurkan, sekiranya perlu.

Hm110Rata 1696995154

Dalam pada itu, Wisma Putra menyatakan kekesalan negara terhadap peningkatan jumlah korban dan kecederaan yang melibatkan orang awam, serta kemusnahan ekoran pertempuran yang masih berlarutan.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel mengebom secara keterlaluan dan sewenang-wenangnya kawasan-kawasan awam di samping tindakan rejim menyekat bekalan asas air, elektrik dan makanan”

Wisma Putra turut menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dan menyambut baik ketetapan sebulat suara Dewan Rakyat mengenai Palestin, termasuk gesaan agar Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan bagi menghentikan segala pertempuran.

Artikel berkaitan : “Suamiku syahid!” – Netizen Sebak Lihat Doktor Umum Kematian Suami, Terkorban Ketika Perang

Artikel berkaitan : Masjid Di Palestin Hasil Dana Rakyat Malaysia Musnah Dibedil Israel

Kegagalan UNSC mencapai persetujuan dalam hal ini turut dikesali oleh negara dan mengambil kira situasi yang kritikal sekarang, masyarakat harus menyalurkan bantuan kemanusiaan dengan segera.

Dalam masa yang sama, Wisma Putra juga menyelar tindakan rejim Israel yang menyekat saluran bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Sebagai langkah awal, Wisma Putra dalam proses menyalurkan RM1 juta sumbangan kemanusiaan awal dengan segera melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP), seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pada Isnin.

Orang awam, agensi dan pertubuhan yang ingin menyumbang boleh melakukan demikian melalui AAKRP.

Sumber : FMT

Sumber: Hmetro
Sumber: hmetro