Pernah terpalit dengan kontroversi sebelum ini, pelakon dan penyanyi Will Smith mendedahkan bahawa dia sudah membaca 30 juzuk al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun lalu.
Will menjelaskan bahawa dia mula tergerak hati untuk mendalami terjemahan kitab suci agama Islam itu ketika mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya sejak 2 tahun lalu.
Artikel berkaitan : Jada Pinkett Umum Dah 7 Tahun Berpisah Dengan Will Smith, Ini 5 Kontroversi Sepanjang Perkahwinan Mereka
Artikel berkaitan : Jada Pernah Bertegas Tak Mahu Berkahwin, Dakwa Kahwini Will Smith Sebab Nak Sedapkan Hati Ibu?
View this post on Instagram
Katanya lagi dalam banyak-banyak kisah, dia cukup tertarik dengan kisah Nabi Musa AS kerana memberi kesan positif terhadap dirinya.
“Ayat dalam al-Quran sangat jelas dan mudah difahami. Saya kagum melihat banyak rujukan tentang Nabi Musa dalam al-Quran.”
Perkongsian itu didedahkan ketika dia muncul dalam satu sesi podcast di Mesir. Selain itu, Will juga memberitahu sejak beberapa tahun ini, dia banyak explore waktu membaca kitab suci daripada pelbagai agama.
Dalam banyak-banyak kitab yang dia dah baca, Al-Quran adalah paling berjaya menambat hatinya isi kandungan sangat mudah difahami.
“Saya sudah membaca semua kita suci Abrahamik dan terkejut Nabi Musa sering kali disebut. Apabila membaca al-Quran saya terkejut sebab ia seperti penyatuan semua cerita melalui kitab lain seperti Taurat dan Injil.”
Jelasnya lagi selepas membaca al-Quran, dia sudah mula faham alur cerita yang sebenar berbanding kitab lain.
Sumber : mStar