in

What?! Pesawat Tentera AS Menyamar Jadi Pesawat Malaysia Untuk Intip China?

Gambar Hiasan 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, persengketaan dan ‘perang dingin’ antara Amerika Syarikat (AS) dan China dari dahulu lagi seakan tiada kesudahannya. Dan baru-baru ini AS telah menghantar sebuah pesawat bagi ‘mengintip’ tanah besar China itu.

Namun begitu, menurut The Star, pesawat tentera Amerika Syarikat  itu didakwa menggunakan kod transponder untuk menyamar sebagai pesawat dari Malaysia secara elektronik sewaktu ‘meninjau’ pangkalan tentera China. Wow, selamber je diorang ni eh?


Menurut sumber, pesawat pengintip RC-135W Rivet Joint terbang dari pulau Hainan pada Selasa, terbang pada jarak 90 kilometer (km) dari daratan China.

Inisiatif Penyelidikan Laut China Selatan, pasukan pakar yang dikendalikan kerajaan China berkongsi paparan skrin mengenai hal itu.

Ia menunjukkan RC-135W berlepas dari Pangkalan Udara Kadena, sebuah pangkalan Tentera Udara AS di pulau Okinawa.

Ia terbang ke arah barat daya, mengikuti rantaian kepulauan Ryukyu, melewati Taiwan, untuk melayari pantai Pulau Hainan.

1Krephku 1599679283

Nombor Mode-S Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pesawat, pengecam 24-bit yang diberikan kepada semua pesawat dan disiarkan oleh transponder onboard, adalah AE01CE.”

Pada satu masa, nombor Mode-S pesawat tiba-tiba berubah, dari AE01CE menjadi 750548. Dan sebenarnya itu adalah nombor ICAO untuk pesawat Malaysia yang tidak diketahui, lapor Popular Machanic.

Namun perkara ini masih tiada sebarang respon dari kedutaan AS, Menteri Pertahanan dan Wisma Putra.

 

Baca: “Tak sedar lebih muatan”  Pesawat Pertama Buatan Indonesia Tersangkut Di Pintu Tol

1 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.