Kepulauan Borneo terdiri dari 3 negara iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah wilayah besar yang meliputi sebahagian kepulauan itu dan menjadi sebahagian dari negera kita.
Sebagai wilayah besar, sudah tentunya banyak suku kaum dan etnik dengan cara hidup dan tradisi masing-masing.
Baru-baru ini, beberapa wakil etnik Sabah dan Sarawak telah datang ke ibu kota, Kuala Lumpur dengan melakukan ‘flash mob’ sambil memperagakan pakaian tradisional mereka. Korang boleh tengok video @dailyexpressmalaysia dibawah.
@dailyexpressmalaysia Sabah, Sarawak natives reach out in KL
♬ original sound – Daily Express Malaysia – Daily Express Malaysia
Melalui video berdurasi 1 minit 11 saat ini, difahamkan beberapa wakil dari suku etnik masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak telah hadir ke Kuala Lumpur.
Dalam video tersebut, ketua rombongan itu turut menyampaikan ucapan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya itu, beliau berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan dan sangat gembira dapat berkongsi keunikkan budaya dan pakaian tradisional secara langsung kepada masyarakat di Semenanjung Malaysia.
Ketika dalam perjalanan itu juga, mereka sempat menari dan berhibur dalam kapal terbang sambil membuat pengumuman di pembesar suara. Dalam video yang dikongsi sumber itu, kelihatan juga rombongan etnik dari Borneo itu menaiki LRT untuk menuju ke satu destinasi. Ragam mereka sempat dirakam oleh pengguna lain yang turut teruja dengan kehadiran mereka.
Begitulah Malaysia, harmoni dan unik dengan pelbagai kaum yang bangga dengan adat resam serta budaya tradisional masing-masing.
Baca: Penduduk Labuan Paling Bahagia Di Malaysia Menurut Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia