Dalam dunia ni, memang ada pelbagai jenis makanan namun disebabkan selera setiap orang berbeza-beza, tak semua orang lah akan suka makanan atau minuman yang jadi kegemaran kita.
Seorang wanita yang membuat menu unik iaitu agar-agar ikan lele atau ikan keli di TikTok telah menyebabkan ramai warganet kembang tekak melihat resepi tersebut.
Bikin agar-agar ikan lele https://t.co/rdXcn8ghUk pic.twitter.com/bUMVmDA3FO
— Romansa Tawa (@bangopang__) June 22, 2023
Dalam video TikTok yang berdurasi selama dua minit 20 saat itu, wanita berkenaan telah merebus empat ekor ikan keli itu di dalam air panas sebelum dua ekor daripadanya dimasukkan ke dalam bekas agar-agar.
Wanita itu kemudiannya telah menyiapkan agar-agar serbuk sebelum ia dituangkan ke dalam bekas agar-agar yang beserta ikan keli tadi.

Kemudian, setelah agar-agar itu keras, dia dilihat memotong agar-agar ikan keli berkenaan sebelum mencubanya sendiri.

Walau bagaimanapun, resepi unik wanita itu telah menyebabkan ramai netizen kembang tekak kerana ia dilihat seperti tiada rasa yang enak.

Ada juga yang menyifatkan agar-agar tersebut dilihat menyerupai makanan kucing.


Ada yang teringin nak rasa agar-agar ni tak?
Sumber: Twitter @bangopang__
Baca: Terlalu Banyak Letak Susu, Netizen Seram Tengok Teh Tarik Melimpah

