in

Warga Malaysia Terlepas Hukuman Gantung Di Mahkamah Singapura Sebab Jadi Keldai Dadah, Ini Alasan Hakim…

FEAT GANTUNG FINAL

Bagi seorang bapa, sudah pasti sanggup melakukan apa sahaja demi kasih sayangnya terhadap seorang anak.

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga Malaysia ini yang dihadapkan ke Mahkamah Singapura selepas tertangkap menjadi keldai dadah di sana pada 11 Disember 2014.

Menurut Berita Harian yang memetik New Straits Times, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Govi Avedian meraih pendapatan antara RM4,226 hingga RM5,585 sebagai pengawal keselamatan.

 

Jadi keldai dadah untuk bayar bil perubatan anak

Namun, dia bertindak menjadi pengedar dadah bagi membayar bil perubatan anak perempuannya.

Dia ditawarkan sebanyak RM500 untuk membawa setiap paket coklat yang mengandungi dadah yang dihantar ke Singapura.

Gobi turut memberitahu bahawa dia membawa masuk dadah ke Singapura sebanyak 8 atau 9 kali sebelum ditangkap pihak berkuasa Singapura di Woodlands.

 

Mengimport dadah jenis heroin

Gobi sebelum ini telah dituduh di Mahkamah Tinggi atas dakwaan mengimport dadah jenis heroin seberat 40.22 gram.

Walau bagaimanapun, hakim percaya yang tertuduh tidak mengetahui bungkusan yang dibawanya itu mengandungi dadah terlarang dan bertindak untuk meringankan hukuman yang dikenakan.

Mahkamah Rayuan Singapura semalam telah mengenepikan hukuman mati dikenakan ke atasnya.

Peguam, M Ravi berkata mahkamah tertinggi Singapura itu menilai semula kes berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak adil kerana tidak mengambil kira bukti tertentu.

FEAT HEROIN

 

Terlepas tali gantung

Oleh itu, tertuduh yang kini berusia 34 tahun telah terlepas hukuman ke tali gantung dan sebaliknya dia dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan seperti yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini pada 2017.

Mahkamah Rayuan merumuskan bahawa keputusan sebelum ini menggambarkan satu kesilapan dan Gobi berdepan satu ketidakadilan.

 

Membabitkan semua aspek perundangan

Selain itu, kes ini juga dikatakan telah menempa sejarah dalam institusi kehakiman Singapura kerana membabitkan semua aspek perundangan termasuklah rayuan pengampunan dan mengurangkan hukuman yang ditolak oleh Presiden Singapura.

Adalah amat sukar untuk membuka semula kes ini di Mahkamah Rayuan, sama seperti sukarnya untuk mengenepikan hukuman mati.

 

Baca: Perbuatan kejamnya dilihat anak mangsa berusia 5 tahun Bunuh Rogol Isteri Polis Bantuan, Penganggur Dihukum Gantung BACA GANTUNG