in

Warga Emas Pandu Lawan Arus Menyebabkan Kemalangan Yang Meragut Satu Nyawa dan 4 Cedera

Page 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Warga Emas Pandu Lawan Arus Menyebabkan Kemalangan Yang Meragut Satu Nyawa dan 4 Cedera
Loading
/

Seorang warga emas berusia 53 tahun ditahan selepas menyebabkan kemalangan di  Ayer Rajah Expressway (AYE), Singapura semalam. Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu melibatkan empat kereta, sebuah motorsikal serta sebuah bas persendirian telah meragut nyawa seorang lelaki serta menyebabkan 4 lagi cedera. 


D 2
sumber: facebook | teo bay pio

Sebuah video yang menunjukkan kejadian kemalangan itu tersebar luas di Facebook selepas dimuat naik oleh Patrick Tan. Menurut Patrick, video itu bukanlah miliknya namun tidak dinyatakan siapa yang merakamkan video melalui kamera di bahagian kereta itu.

Di dalam video itu menunjukkan sebuah motorsikal berada di lorong tengah sebelum tiba-tiba sebuah Mercedes yang dipandu melawan arus dan didakwa pada kelajuan 120km/j melanggar sebuah Toyota berwarna hitam di lorong kanan sebelum melanggar motorsikal tersebut. 

Pelanggaran itu menyebabkan kereta Toyota itu tercampak ke lorong paling kiri dan melanggar dinding lebuh raya berkenaan. Penunggang serta pembonceng motorsikal turut tercampak ke lorong kanan. Pemandu Toyota tersebut terpaksa dikeluarkan menggunakan alat hidraulik dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Mer
sumber: stomp

3Shinmin 19 12 2016

Shinmin 19 12 2016

Seorang saksi kejadian, Nurul Zaidy turut memuat naik status serta gambar di tempat kejadian. Menurutnya, beliau bernasib kerana sempat ke lorong kiri selepas ternampak Mercedes itu dipandu laju dan melawan arus di lorong kanan.

“Disebabkan pemandu Mercedes bodoh ini, seorang pemandu maut dan seorang penunggang motorsikal cedera parah.” katanya

K1 1
sumber: facebook | nurul zaidy
K2 2
sumber: facebook | nurul zaidy
K3 2
sumber: facebook | nurul zaidy
K4 2
sumber: facebook | nurul zaidy

Netizen rata-rata menyatakan kemarahan terhadap pemandu Mercedes itu.

Bodoh punya pemandu menyebabkan kematian serta kecederaan kepada orang lain ketika sambutan perayaan semakin dekat (Krismas).” komen seorang netizen

Namun, menurut Zaidy beliau telah bertanya anak kepada pemandu itu yang turut berada di dalam kereta tersebut ketika kemalangan berlaku.

“Menurut si anak, ayahnya itu sedang mengalami kemurungan pada ketika itu.” kata Zaidy.

Seorang netizen memberi pendapat bahawa tidak mungkin pemandu itu mempunyai niat untuk menyebabkan kemalangan tersebut apatah lagi beliau seorang warga emas. Betul jugak kan…

“Anda semua begitu menyedihkan kerana begitu cepat menyalahkan seseorang tanpa berfikir atau menggunakan hujah yang logik. Bagaimana kalau sebenarnya kereta itu hilang kawalan? Mungkin pemandu itu diserang strok atau mengalami alahan teruk daripada ubat. Anda semua memang fikir dia berniat untuk membunuh seseorang yang tidak bersalah ketika anaknya duduk bersebelahannya di dalam kereta itu? Tunjukkan rasa empati dan pemikiran yang bijak. Jangan marah tidak tentu pasal tanpa mengetahui kebenaran di sebaliknya.” komen seorang lelaki.

Apa pendapat anda? Patutkah pemandu ini diberi hukuman berat kerana telah menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa atau dimaafkan kerana keadaan kesihatannya yang tidak stabil?

Tonton video kemalangan itu di bawah ini:

Kredit: Patrick Tan

Kredit: Beh Chia Lor – Singapore Road

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.