Sudah pasti semua pemegang lesen pernah diajar bagaimana untuk memandu kenderaan dengan betul demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Malangnya, ada juga segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa orang sekeliling hanya kerana tidak mahu mengikut peraturan di jalan raya.
Kira-kira jam 7 pagi kelmarin, seorang pemandu tidak beretika telah menyebabkan kemalangan melibatkan dua buah kereta dan sebuah motor di Taman Sri Aman, Yong Peng, Johor.
Melalui CCTV, sebuah Proton Persona dirakam sedang dipandu dengan laju oleh seorang individu di kawasan perumahan. Oleh kerana tidak mahu memperlahankan kenderaannya, pemandu itu terpaksa mengelak dan memotong sebuah kereta dihadapannya.
Namun, ketika sedang memotong kenderaan tersebut dan memasuki lorong kanan, dia tidak menyedari terdapat sebuah bonggol di hadapan. Tidak sempat menekan brek, dia terus melanggar bonggol itu dengan kelajuan tersebut.
Malah, keretanya dapat dilihat sedikit melayang selepas melanggar bonggol menyebabkannya hilang kawalan lalu melanggar dua buah kereta dan sebuah motor di lorong bertentangan.
Tak pasal pasal orang lain jadi mangsa kecuaian dia!
Perlanggaran itu telah menyebabkan seorang warga emas berusia 80 tahun mengalami kecederaan parah selepas badannya dilaporkan telah tersepit di bahagian kerusi pemandu.
Warga emas itu juga adalah mangsa yang paling teruk tercedera memandangkan keretanya merupakan kenderaan pertama yang dilanggar Persona itu.
Pihak bomba yang dihubungi tiba tidak lama selepas itu dan terus memulakan operasi menyelamatkan mangsa kemalangan tersebut.
Malangnya, warga emas itu disahkan meninggal dunia manakala penunggang dan pembonceng motor, pemandu Kancil serta Persona yang menyebabkan kemalangan itu terselamat dan hanya mengalami beberapa kecederaan.
Sebab tulah kena ikut undang-undang. Kalau tak, disebabkan kecuaian kita orang lain pula jadi mangsa!
Baca : Warga Emas Maut, Suami Cedera Dalam Kemalangan yang Berpunca Dari Kotak Tisu