in

Wanita OKU Diragut Suami Sendiri!

page 6 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami jenis apa lah buat macam ni dekat isteri sendiri. Lagi-lagi isterinya OKU pulak tu!

Menurut Sinar Harian, seorang suami tergamak ragut beg tangan milik isterinya sebab mangsa masih berdegil tak nak balik ke rumah lepas puas dipujuk. Lah, sebab tu sampai nak kena ragut ke?


gh
Gambar hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di Jalan Balik Bukit, Terengganu kelmarin, suspek, 47, dikatakan tampar mangsa, 36, yang juga seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) lembam hingga mengalami kecederaan.

hy
Gambar hiasan

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dikatakan sedang berjalan kaki berseorangan untuk ke tempat kerjanya. Secara tiba-tiba mangsa dihampiri sebuah kereta yang dipandu suspek dan menghalang perjalanannya.

“Kemudian, suspek keluar daripada kenderaan itu dan menampar muka mangsa beberapa kali, lalu meragut beg tangan yang dibawa wanita itu sebelum beredar.

“Tergamam diperlakukan sedemikian oleh suaminya, mangsa tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat begnya yang mengandungi dokumen penting termasuk lesen memandu, kad pengenalan dan kad bank serta wang tunai RM100 dilarikan lelaki itu.”

Disebabkan tindakan suaminya itu, mangsa mengalami kecederaan di lutut sebab terjatuh semasa diragut dan sakit di bahagian muka akibat ditampar sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

lp
Gambar hiasan

Sementara itu, suspek berjaya ditangkap dan diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu supaya ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

Perlu ke sampai nak ragut bagai?!

NOTA: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: Dia Kena Ragut, Tapi Dia Pula Dipersalahkan!

page 9 1 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.