in

Wanita ‘Misteri’ Sambut Ketibaan TS Muhyiddin Dengan Ucapan “Selamat datang kluster mahkamah”

Kluster Mahkamah Selamat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal pagi ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tenang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadiri prosiding sebutan kes melibatkan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Beliau yang juga Presiden Bersatu telah tiba di kompleks tersebut pada jam 8.41 pagi dan disusuli dengan ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, lapor Sinar Harian.


“Selamat datang kluster mahkamah” 

Namun ketibaan Muhyiddin pagi tadi telah disambut dengan suara seorang wanita yang menuturkan kata-kata kurang menyenangkan hingga menarik perhatian ramai.

Suara wanita itu menyebut ‘Selamat datang kluster mahkamah’ dengan kuat sekali saat bekas PM berkenaan berjalan masuk memasuki kompleks mahkamah sambil melambaikan tangan kepada wartawan yang ada di situ.

Kata-kata itu telah menimbulkan tanda tanya netizen siapakah gerangan yang berani berbuat demikian dan apakah tujuannya menyebut kata-kata itu kepada bekas PM berkenaan.

Namun menerusi satu video penjelasan yang dimuat naik netizen di Tiktok, wanita tersebut menjelaskan bahawa tujuan dia berbuat demikian adalah sebagai reaksi tidak puas hatinya kepada pemimpin tersebut yang didakwa telah menghina Datuk Seri Najib Razak.

@jason.yew

“Selamat Datang Kluster Mahkamah!”, video: Fadly Bahktiar #klustermahkamah #muhyiddinyassin #rasuah #salahgunakuasa #foryou

♬ original sound – JASON Update – JASON Update

Apa-apapun kita doakan yang baik-baik sahajalah buat bekas-bekas PM kita yang sedang berhadapan dengan kes mahkamah pada ketika ini. 

Baca: Muhyiddin Mengaku Tak Bersalah Terima RM5 Juta Dari Aktiviti Haram

Din

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.