Selalu juga kita dengar cerita orang terjumpa kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam tandas atau pun bilik hotel.
Tapi, siapa sangka kegiatan tidak bermoral ini turut berlaku di sebuah homestay seperti yang terjadi kepada wanita ini ketika bercuti bersama keluarga, baru-baru ini.
Wanita ini berdepan situasi cemas apabila didakwa ada individu yang cuba mengintai ketika dia berada di dalam tandas.
Artikel berkaitan: Ini 5 Cara Nak Cari ‘Hidden Camera’ Bila Pergi Tandas Awam Atau Hotel
Artikel berkaitan: “Rasa tak selamat!” – Pasangan Dari China Terkejut Temui Kamera Tersembunyi Di Bilik Penginapan Di Sabah
Menerusi perkongsiannya di TikTok, pada awalnya dia sekeluarga tidak menghadapi sebarang masalah ketika tiba di homestay yang terletak di Kota Bharu, Kelantan selepas lebih 17 jam tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia mahu membersihkan dirinya, secara tiba-tiba menyedari ada sesuatu yang mencurigakan di tingkap tandas rumah itu.
Dalam perkongsian gambar yang ditunjukkan, tingkap tersebut ditampal dengan helaian surat khabar. Bagaimanapun, wanita itu mendapati ternampak telefon bimbit di tingkap tandas dan kelihatan ada kelibat seseorang sedang mengambil gambarnya.
“Kamera telefon… rupanya ada orang ambil gambar aku tengah tutttt. Aku pun menjerit lah panggil mak aku, menggigil ah time tu,” ujarnya.
Kamera belakang telefon pemilik homestay nampak sama
Ketika memberitahu kejadian itu kepada pemilik homestay yang tinggal di sebelah rumah, dia sendiri memberi reaksi terkejut dengan mendakwa perkara sebegitu tidak pernah berlaku selama ini.
Namun tidak berpuas hati dengan responnya, mereka bertindak memeriksa telefon bimbit pemilik homestay berkenaan dan mendapati rekaan kamera belakang telefon itu sama dengan apa yang dilihat oleh mangsa.
Bagaimanapun, bukti yang mereka cari tidak dijumpai kerana kemungkinan pemilik sudah pun memadam bukti tersebut.
Jelasnya, mereka tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan seseorang, namun dibuat atas dasar kasihan pada mangsa-mangsa sebelum ini dan akan datang.
“Dia masih tak mengaku tahu waktu ini. Mak aku cakap, ‘demi Allah awak tak buat?’ Dia tukar topik lain. Asyik ulang bisnes dia sahaja.
“Aku ni bukan nak tutup periuk nasi dia, aku tahu dia pun cari rezeki melalui rumah itu. Tapi janganlah sampai tangkap gambar orang di tandas,” luahnya.
Katanya lagi, pemilik homestay seperti seorang yang ‘psiko’ kerana menelefon abangnya berulang kali dan memberitahu tidak boleh tidur selepas insiden tersebut.
Justeru, dia mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan lokasi homestay kerana tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada mereka.
Sumber: TikTok