in

Wanita Menangis Lepas Kantoi Curi Tisu Tandas Di Pusat Servis Kereta

Tisu Tandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita baru-baru ini dikecam netizen gara-gara tindakannya yang telah mencuri beberapa gulung tisu tandas di sebuah pusat servis kereta.


Wanita itu menangis dan merayu kepada staf pusat servis kereta itu apabila dia kantoi mencuri empat gulung tisu tandas.

Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang individu yang dipercayai kakitangan pusat servis tersebut.

Tisu Tandas

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pusat Servis Kereta Toyota di Singapura hujung bulan lalu.

Dalam video tersebut, wanita tersebut yang memakai topeng muka telah meletakkan tisu-tisu tandas itu di dalam sebuah beg.

Setelah kantoi, dia turut menangis sambil mengatakan dia akan memulangkan tisu tersebut.

Korang boleh tengok video tersebut di sini.

Menurut individu yang merakam, wanita berkenaan didakwa telah melakukan perkara sama beberapa kali sebelum ini.

Wanita itu kemudiannya meletakkan tisu-tisu tandas yang telah diambilnya tanpa kebenaran di atas tempat duduk sambil mengatakan bahawa dia tidak akan kembali lagi ke tempat itu.

Tisu Tandas

Individu yang merakam video itu juga sempat menyuruh wanita itu membuka topeng muka agar orang lain akan mengenalinya jika dia bertindak mencuri tisu tandas lagi selepas ini di tempat lain.

Wanita itu menurut arahan dan menurunkan topeng mukanya sebelum keluar dari premis berkenaan untuk masuk ke dalam keretanya.

Sumber: Mothership.sg, Facebook

Baca: “Baru dia tahu lagi best guna air”- Wanita Ini Belajar ‘Cebok’ Guna Air Lepas Melawat Malaysia

F3 Brk Cebok

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.