Orang tua-tua selalu kata, jangan terlalu benci akan seseorang atau sesuatu. Takut nanti lama-lama tersuka!
Setiap kali dengar orang cakap macam ni, kita mesti kata “Merepek je!”. Ataupun anggap ayat tu setakat nak sedapkan hati.
Jodoh lelaki Pantai Timur
Tapi siapa sangka, itulah yang berlaku ke atas wanita ini apabila ditakdirkan jodohnya dengan seorang lelaki dari negeri di Pantai Timur.
Katanya dulu tak nak kahwin dengan orang Terengganu atau Kelantan, last-last dapat jodoh orang Terengganu. Satu tempat kerja lagi!

Yelah, kalau dah jodoh tu tak lari ke manalah jawabnya. Pergilah ke utara ke, selatan ke, kalau dah ditetapkan itu jodoh kita mesti akan bertemu juga.
Tau-tau je berkenalan, bercinta..tup tup terus kahwin!

“Berzikir tak nak kahwin Kelantan..”
Nampak gayanya, ramai juga yang dah niat tak nak kahwin dengan orang Pantai Timur ni. Yang kelakarnya, siap ada yang konon berzikir kalau boleh tak nak dijodohkan dengan orang sana.
Mak mertua pun ada yang tak nak orang luar, kalau boleh!

“Kalau dah jodoh..”
Tapi betullah kata netizen, tak kisahlah orang mana pun. Janji ada keserasian dan disayangi keluarga mertua, jadi apa salahnya.

Kalau dah jodoh memang tak kemana pun. Dalam surah Al-An’am ayat 59 pun dah sebut semua yang berlaku kerana ketentuan Allah swt.
Pantang negeri dan nama tertentu
Rupa-rupanya, bukan wanita ini saja pada asalnya tak nak kahwin dengan orang negeri tertentu. Ramai je yang sama-sama turut berkongsi pengalaman mereka.
Siap ada yang kalau boleh, pantang nak ada nama tertentu!



Haha, tengok tu! Elok je siap dah kahwin berbelas-belas tahun, anak ada ramai lagi.
So apa lagi korang? Tawakal je lah dengan siapa pun kita dijodohkan.
Manalah tau, dalam dok berangan nak dijodohkan dengan Zac Efron atau Johnny Depp tu betul-betul boleh dapat!