in

Wanita Heboh di Facebook Tuduh Peniaga Ini Jual Daging Babi, Tapi Rupa-rupanya…

Pagee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial sudah menjadi platform wajib untuk masyarakat berkongsi pelbagai kisah menarik yang berlaku di negara kita. Pun begitu, tidak semua yang tular di laman sosial itu wajib dikongsikan tanpa mengetahui kesahihannya. Nanti terkongsi kisah palsu pulak! 


Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang wanita berkongsi kisah mengenai suaminya yang terbeli sebungkus daging babi di sebuah pasar. Perkongsiannya mendapat perhatian netizen serta-merta. Namun, apa yang dihebah-hebahkan di laman sosial miliknya itu rupanya bukanlah apa yang disangkakan.

Menurut mStar, wanita bernama Mazliana Abdul Manap telah berniat untuk memasak asam pedas daging, namun tindakan jadi terbantut kerana daging yang dibeli suaminya dikhuatiri merupakan daging babi. Biar betul!

Merasa pelik dengan hanya melihat keadaan warna dan tekstur daging tersebut yang lain daripada kebiasaan, wanita tersebut berasa was-was untuk memasak daging yang dibeli di sebuah pasar dekat Selayang itu.

Meat1
sumber: mstar

“Warna dagingnya cerah, bila rasa was-was saya terus Google dan suami tanya rakannya yang berbangsa Cina untuk mendapatkan kepastian,” katanya.

Wanita tersebut yang mendakwa masih was-was setelah bertanya rakan-rakannya, dia mengambil keputusan untuk tidak memakan daging tersebut dan membuangnya. Kisah yang dikongsikan di laman sosialnya (entri tersebut sudah dipadam) telah mendapat banyak tindak balas netizen yang rata-rata mahu mangsa membuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Setelah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur, pihak berkenaan telah melakukan pemeriksaan di premis tersebut dan mendapati bahawa daging yang dijual bukanlah seperti yang disangka. Alamak!

Meat3
sumber: mstar

“Sampel daging yang diambil di gerai peniaga tersebut bukan daging babi tapi daging kerbau. Menurut keterangan peniaga, daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau yang diimport dari India.

“Sampel daging di premis peniaga akan dihantar untuk pemeriksaan pakar bagi mengesahkan sama ada ia mengandungi kandungan atau campuran daging babi,”  kata Wan Mohd Yusof, pegawai penguatkuasa KPDNKK.

Meat2
sumber: mstar

Selain itu, Yusof turut memaklumkan bahawa pemilik premis tersebut dan pekerjanya adalah warga tempatan yang menjual daging kerbau dan ayam proses.

Janganlah menguar-uarkannya sebagai daging babi terutama di media sosial sebelum mendapat kesahihannya terlebih dahulu. Ia nanti akan menimbulkan kekecohan dan hanya menjadi fitnah sekiranya dakwaan itu tidak benar,” nasihat Yusof kepada orang ramai.

Kita seharusnya mendapatkan maklumat dan pengesahan yang sebenar-benarnya sebelum membuat sebarang kenyatan. Kesian tuan kedai dituduh jual daging babi pula.

Baca: Peniaga Ditangkap Jual Campuran Daging Lembu dan Daging Babi Hutan

Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.