in

Wanita Dituntut Bayar Ganti Rugi RM 1,000 Hanya Kerana Terbalikkan Jet Ski Di Port Dickson

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Dituntut Bayar Ganti Rugi RM 1,000 Hanya Kerana Terbalikkan Jet Ski Di Port Dickson
Loading
/

Biasalah kalau dalam adat sewa menyewa barang, kita haruslah berhati-hati dalam penggunaannya. Jikalau tidak, kita akan dituntut untuk membayar ganti rugi jikalau barang tersebut mengalami kerosakan. Tetapi bayaran ganti rugi yang dituntut mestilah setimpal dengan kerosakan yang dibuat. Betul tak?


Menurut sebuah perkongsian di Facebook, seorang wanita telah dituntut untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 1,000 hanya kerana dia telah menterbalikkan jet ski yang disewanya ketika bercuti di Port Dickson. Aik takkanlah terbalikkan pun kena bayar pampasan kot?

21192016 1858323284182556 808645744446869649 N Copy
sumber: facebook

Berang dengan tindakan pengendali tersebut, wanita berkenaan kemudian merakam ketidakpuasan hatinya terhadap situasi tersebut di Facebook secara live.

“Jet ski berwarna hijau tersebut secara tiba-tiba terbalik dan tenggelam di dalam laut. Operasi menyelamatkan kami juga mengambil masa yang agak lama.”

Selepas diselamatkan, pengendali tersebut memaksa kami untuk membayar sebanyak RM 1,000 sebagai ganti rugi terhadap kerosakan jet ski itu. Kami terasa terancam dengan ugutan itu jika tidak membayarnya.”

Wanita tersebut turut menambah bahawa dia tidak diterangkan sebarang terma dan syarat sebelum urusan sewa menyewa itu mengambil tempat. Tetapi dakwaan wanita tersebut bercanggah dengan pengendali berkenaan yang mengatakan dia sudah pun menerangkan syarat-syarat tertentu kepada wanita itu. Hmm susah juga kalau tiada perjanjian bertulis untuk buktikan siapa yang betul atau salah…

Bagi mengelakkan situasi menjadi lebih panas, wanita tersebut akur dan terpaksa membayar RM 650 sebagai pampasan.

Rata-rata yang komen di perkongsiannya itu mengatakan bahawa gadis tersebut telah ditipu oleh pengendali tersebut.

“Wanita itu telah ditipu. Kes jet ski terbalik adalah perkara yang biasa berlaku. Kadang kala air akan memasuki enjin ketika berhenti dan ianya boleh berfungsi semula seperti biasa. Wanita itu sepatutnya membuat aduan kepada pihak polis.”

Namun ada juga yang menepis komen di atas dengan mengatakan bahawa ianya salah gadis tersebut.

“Menunggang jet ski bukanlah seperti menunggang motosikal. Ianya perlu ada latihan dan pengetahuan yang betul. Mustahillah jet ski itu boleh terbalik dengan tiba-tiba jika bukan kerana orang yang mengendalikannya.”

Jadi anda rasa siapa yang bersalah dalam hal ini? Si gadis atau si pengendali? Tulah perkara-perkara sebegini lagi senang kalau diselesaikan di balai polis. Selesaikan sendiri nanti lagi keruhkan keadaan sebab kita tidak tahu siapa yang betul atau salah. Betul tak?

Baca: Lelaki Tergigit Bibir Teman Wanita Ketika Bercium, Tuntut Ganti Rugi Dari Pemandu Bas

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.