Bukan sekadar suka-suka, pasti ada sebab kenapa kebanyakan premis perniagaan melarang pelanggan membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam kedai.
Kita juga sedia maklum mengenai perkara ini namun masih terdapat segelintir individu yang bersikap pentingkan diri.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita berasa berang apabila ditegur seorang pekerja kerana membawa masuk anjing peliharaan dalam sebuah premis di pusat membeli-belah tempatan.
Artikel berkaitan: [Video] “Melampau betul!” – Wanita ‘Kurang Ajar’, Berani Bawa Masuk Anjing Dalam Masjid
Artikel berkaitan: Netizen Marah Keluarga Bawa Anjing Dalam Troli Pasar Raya, Biarkan Air Kencing Atas Lantai
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pekerja dalam premis terbabit menegur wanita berkenaan secara baik namun dia tetap tidak berpuas hati dan bertanya sejak bila larangan itu dikenakan.
Syabas kepada kakitangan @MachinesAPR kerana dapat mengawal situasi. Anjing tidak dibenarkan untuk dibawa ke pasar raya, inikan pula Penjual Berdaftar (AAR).
pic.twitter.com/G1MfRgRQET— Xavier Naxa (@XavierNaxa) April 14, 2024
Difahamkan, pekerja terbabit berkali-kali menerangkan kepada wanita berkenaan dibenarkan masuk ke premis itu tetapi anjing peliharaannya perlu dibawa keluar terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah.
Staf dipuji tenang kawal situasi
Video tersebut telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen mengkritik tindakan wanita berkenaan yang tidak peka dengan larangan tersebut.
Dalam pada itu, netizen turut memuji cara staf premis terbabit tenang dan profesional walaupun berada dalam situasi tidak menyenangkan.
Haih, mungkin semua kedai kena letak papan tanda kot supaya kejadian sebegini tak berulang lagi.
Sumber: X