Bila dah jadi artis ni mahu tak mahu pasti akan terpalit dengan pelbagai bentuk kontroversi, spekulasi ataupun yang sewaktu dengannya.
Macam apa yang berlaku kepada penyanyi Syazwani Abdullah, 19 tahun atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie ini apabila dia menjadi mangsa golongan pedofilia di facebook.
Nama dan gambar Wani Kayrie jadi ‘objek’ Pedofilia cari mangsa
Memetik mStar, sebanyak 45 akaun facebook palsu yang menggunakan gambar dan nama Syazwani Sapari dikesan melakukan gangguan seksual di platform tersebut dengan meninggalkan komen-komen lucah pada beberapa keping foto kanak-kanak perempuan.
Kalau korang nak tau, nama tu merupakan nama komersial yang digunakan Wani Kayrie selepas menyertai program realiti ‘Kamilah Bintang’.
Wani berkata dia terkejut apabila dimaklumkan yang ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama tersebut selain gambarnya sewaktu berusia 10 tahun bagi menjalankan kegiatan tak bermoral di facebook.
Saya tidak menyedari tentang perkara tersebut sehingga rakan-rakan terdekat memberitahu kepada saya. Mereka tanya betul ke apa yang saya buat dekat facebook sedangkan saya sudah lama tidak guna facebook.”
Wani berkata dia cukup bengang dengan kerja terkutuk yang dilakukan individu tersebut, malah dia kini sedang kumpul bukti sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku dalam masa terdekat.
Tak sedar nama dan gambar diguna golongan Pedofilia, sampailah…
Katanya dia langsung tidak mengetahui kewujudan 45 akaun pedofilia di facebook tersebut sehinggalah dimaklumkan oleh kawan-kawan selain dm yang diterimanya.
“Mereka guna nama saya dan hantar benda seksual kepada anak-anak orang lain yang melibatkan nama saya. Bermula pada itu ramai yang dm membuatkan saya rasa perkara ini semakin serius.”
“Sampaikan kawan-kawan kolej saya sudah ramai yang sudah tahu. Sedikit sebanyak perkara ini mengganggu saya kerana saya baru saja mula masuk belajar”.
Pada masa sama Wani Kayrie menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan elakkan berkongsi gambar anak-anak yang boleh naikkan nafsu seseorang.
Orang macam ni pun ade eh?