in

Wang Zi-Ping: Kenali Salah Seorang ‘Master’ Kung Fu Muslim China Terhebat Dalam Sejarah China

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kung fu merupakan antara seni mempertahankan diri yang popular di seluruh dunia. Malah Hollywood pun sering keluarkan filem-filem pasal kung fu ni macam Ip-Man dan The Karate Kid. Pelakon-pelakon seperti Bruce Lee, Jackie Chan dan Michelle Yeoh famous sebab handal kung fu.

Tapi korang tahu tak, antara kung fu master yang terhebat dalam sejarah China adalah seorang Muslim? Ha, kalau korang nak tahu siapa dia, jom baca!


Orang Islam di China

7427Ea21079D151Af7F701

Di China, orang-orang tempatan yang memeluk Islam dipanggil sebagai orang Hui. Tak ada perbezaan antara Hui dan orang-orang Cina lain di sana cuma selepas memeluk Islam, mereka tidak lagi mengamalkan beberapa budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti makan babi atau minum arak.

Namun begitu, kebanyakan budaya-budaya lain masih diteruskan termasuklah tradisi yang paling terkenal di sana iaitu seni mempertahankan diri.

Orang-orang Hui di sana masih mengamalkan pelbagai versi kung fu yang terkenal dan mula mengadakan pertandingan kung fu di dalam masjid lebih-lebih lagi semasa menyambut raya.

Latar belakang Wang Zi-Ping

42337914 2037646173193309 7220917670525272064 O

Di bandar Cangzhou ini juga, Wang Zi-Ping telah dilahirkan pada 1881. Bapanya merupakan seorang master kung fu yang dikenali. Biasanya, jika anak lahir dari keluarga yang pakar dalam seni mempertahankan diri ini, mereka akan mengikut jejak keluarganya.

Namun bagi Wang Zi-Ping, dia perlu berusaha sendiri untuk mendalami seni ini ekoran bapanya enggan mengajarnya kerana merasakan yang dia tak cukup kuat untuk belajar kung fu serta mahu anaknya untuk menumpukan perhatian pada pelajaran dan menyumbang pada keluarga dengan mencari kerja profesional.

Tapi itu tak mematahkan semangat Wang Zi-Ping untuk meneruskan tradisi Hui ini. Seawal usia 6 tahun, dia mula melatih diri sendiri di dalam hutan dengan menggunakan batu dan kayu bagi mendapatkan kekuatan. Selain itu juga, dia akan menggali lubang untuk berlatih melompat dengan membesarkan lubang galiannya itu setiap kali.

Ketika ini juga, lelaki ini turut belajar membaca Al-quran serta berzikir sambil bermeditasi. Bila berusia 14 tahun, Zi-Ping telah pun menunjukkan yang dia telah memiliki kekuatan untuk menjadi master kung fu tak lama lagi. Tapi dia masih perlu mencari seorang guru untuk belajar seni ini.

42843Dba E7Ec 11E8 Bfde

Ketika inilah dia menemui Society of Rigehteous and Harmonious Fists iaitu kumpulan kongsi gelap seni mempertahankan diri yang telah pun wujud di kampung-kampung di China utara. Ketika ini, China sedang mengalami kemerosotan selepas kalah dalam perang dengan Perancis, British dan Amerika.

Ramai orang yang hidup melarat serta penyamun juga di merata-rata tempat. Tak cukup dengan itu, penjajah turut berleluasa menyebabkan kumpulan kongsi gelap tersebut telah merekrut pemuda-pemuda negara tersebut untuk melatih mereka dengan seni mempertahankan diri serta menggunakan senjata api bagi mendapatkan kekuasaan China semula.

Pada tahun 1899, kumpulan ini telah mula menjadi pemberontak yang kemudiannya dikenali sebagai Boxer Uprising. Mereka dipanggil boxer kerana ramai orang barat melihat latihan kung fu mereka sama seperti tinju.

Sebagai tindak balas, lapan negara telah bersatu bagi melawan kumpulan pemberontak ini dan berperang beberapa kali sebelum berjaya memusnahkan kumpulan kongsi gelap tersebut pada 1901.

Wang Zi-Ping yang pada ketika itu telah pun berusia 20 tahun telah melarikan diri dan bersembunyi ke sebuah masjid di Jinan ketika askar-askar Cina memburu ahli-ahli Boxer Uprising.

Ketika ini juga, Wang Zi-Ping telah bertemu dengan seorang grandmaster kung fu bernama Yang Hongxiu di masjid tersebut. Masih berminat untuk mendalami seni mempertahankan diri, Zi-Ping telah meyakinkan Hongxiu untuk melatihnya.

Selama beberapa tahun, Zi-Ping telah berlatih di bawah Hongxiu dan belajar pelbagai teknik dan cara menggunakan senjata sebelum dia mula mencipta gaya kung fu uniknya sendiri. Kisah lagenda dan banyak kisah-kisah lain mula tersebar tentang kekuatannya.

Kehebatan Wang Zi-Ping

Wang Zhi Ping Monks Spade

Salah satu ceritanya menceritakan bagaimana seorang askar Jerman yang mahu mencuri pintu masjid Qingzhou kerana seni ukirannya yang cantik sehingga membuatkan Zi-Ping mengajak muslim lain untuk berkhemah di luar masjid tersebut untuk menjaga pintu masjid.

Kerana tindakan ini, Jerman mahu memalukan orang Islam di sana dengan mencabar sesiapa yang berani untuk mengangkat dua batu besar yang telah dicantumkan menggunakan batang buluh besar. Mereka mengatakan, sekiranya Zi-Ping yang telah menyahut cabaran mereka itu boleh mengangkatnya, mereka tidak akan menyentuh pintu masjid tersebut.

Dengan kekuatan latihannya selama ini dan kekuasaan Allah, Wang Zi-Ping berjaya mengangkat dua batu besar tersebut dengan mudah sekaligus menyelamatkan pintu masjid tersebut.

Terdapat juga kisah-kisah lain mengatakan yang Zi-Ping pernah menewaskan seorang pelatih fizikal Amerika yang terkenal dengan kekuatannya, serta beberapa orang kuat dari negara-negara penjajah lain dan dikatakan tidak pernah sekali pun kalah dalam pertarungan sekaligus meningkatkan lagi popularitinya.

Ekoran reputasinya ini, pada 1928 Zi-Ping telah diangkat menjadi pengarah pertama Shaolin di Institut Pusat Seni Bela Diri dan penah menjadi Presiden Persatuan Wushu China iaitu organisasi Wushu tertinggi di China.

Selain itu, Zi Ping juga merupakan seorang tabib cina dan telah menjadi perunding untuk beberapa hospital di negaranya. Kekuatannya ini tak pernah luntur walaupun dia telah mencecah usia 80 tahun apabila dia berupaya memberikan persembahan yang hebat di Myanmar di sekitar tahun 1960 bila dia diminta untuk menunjukkan kemahiran Wushunya.

Wang Zi Ping meninggal dunia pada tahun 1973 dan dia telah meninggalkan legasi dengan menurunkan kemahiran kung fu-nya ini kepada anak perempuannya dan cucunya.

Sumber: Kung Fu Tea, Omar of The Orient

 

Baca: “Macam Ip Man!” – Professor Guna Kung Fu, Pertahankan Diri Dari Dirompak Penyamun Bersenjata

1Kong 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.