in

“Walaupun social experiment…” – Berlakon Halau Ibu, Reaksi ‘Stranger’ Bantu Mak Cik Buat Netizen Sedih

Yt 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila melibatkan orang tua ni, tak semua orang akan kuat lagi-lagi mak cik ini dihalau oleh anaknya sendiri.

Semalam, viral di X potongan video social experiment yang dimuat naik oleh saluran Youtube ‘Aku Peduli’. Walaupun video tersebut hanya rakaman yang dirancang untuk melihat reaksi orang awam, ia telah membuatkan ramai netizen sebak.


 

Yt 1

Minta tolong baca mesej Bahasa Inggeris

Dalam video tersebut, seorang mak cik telah datang ke sebuah restoran selepas dia menaiki bas dari Jitra, Kedah untuk berjumpa dengan anaknya di Cyberjaya. Dikatakan mak cik tersebut telah meminta bantuan sebuah keluarga dan tiga orang anak muda untuk membaca mesej yang dihantar oleh anaknya.

Mak cik dah call banyak kali tapi tak jawab. Lepas tu dia hantar mesej Bahasa Inggeris, mak cik tak tahu baca.

Dalam mesej tersebut, anaknya yang bernama Amir berkata kepada ibunya,

I’m embarrased to have a kampung mother like you. Tell this old lady to go back. Always causing trouble to me!

Artikel berkaitan: “Beri Ibu Pelukan, Ibu Sayang Kamu” – Kejutan Hadiah Patung Monyet Miliki Suara Mendiang Ibu Buat Netizen Tersentuh

Artikel berkaitan: Ibu Remaja Rentung Dalam Tandas Tak Puas Hati Keputusan Mahkamah, Mahu Saman Ganti Rugi

Reaksi para pelanggan

Pelanggan restoran itu menjelaskan maksud mesej tersebut dan mahu menelefon anak mak cik itu tetapi tidak dijawab.

Dia tak jawab tu, makna dia tak nak mak cik datanglah tu.

Salah seorang daripada mereka dapat menghubungi Amir tetapi dia juga tidak sampai hati untuk memberitahu apa yang dikatakan oleh Amir namun mak cik itu dilihat reda kerana tidak dapat berjumpa dengan anak kesayangannya.

Dapat dilihat wajah beberapa orang stranger di situ sedang menahan rasa sedih dan bersimpati dengan ujian yang menimpa mak cik itu. Mereka juga sudi untuk belanja mak cik tersebut makan di restoran itu.

Menjengah di ruangan komen dalam saluran Youtube, rata-rata sedih melihat situasi tersebut dan terharu dengan ketulusan pelanggan yang sudi membantu mak cik itu.

Yt 2

Min tengok pun bergenang air mata. Syabas yang buat content macam ni.. ramai boleh ambil iktibar!

Sumber: YouTube, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.