Baru-baru ini, kisah seorang pemandu teksi yang diserang bermacam-macam penyakit telah menyayat hari warganet di Thailand.
Kisah pilunya mula tular apabila seorang wanita dari Thailand, Nongying Chuaibamrung pada 26 Ogos lepas telah memuatnaik posting di facebook sehingga meraih 77K jumlah perkongsian sepanjang artikel ini ditulis.
Banyak penyakit, anak gaji kecil, terpaksa bawa teksi sambil diintubasi
Cerita bermula apabila Nongying mula menaiki teksi. Dia sedang membuat panggilan telefon ketika dia memasuki kenderaan itu, sebelum dia menyedari bahawa pemandunya memandu agak perlahan sehingga membuatnya mula rasa jengkel.
Namun, selepas meletakkan telefonnya, hatinya tersentak apabila pemandu itu minta tolong untuk memeriksa sama ada tangki oksigen di belakang tempat duduknya mempunyai gelembung di dalam tiub.
Bimbang apabila melihat keadaan pakcik itu, dia memeriksanya dan bertanya apa masalah pakcik tersebut dan jawapan yang diberikan itu sangat meruntun jiwa.
Saya ada banyak penyakit. Mata saya tidak elok dan buah pinggang saya juga tidak berfungsi dengan baik. Saya mesti melakukan dialisis (CAPD) walaupun semasa saya memandu. Kerana paru-paru berair, saya perlu mempunyai tangki oksigen dengan saya. “
Ketika Nongying menyoal lebih lanjut, lelaki itu mengatakan bahawa dia sekarang tinggal sendirian di bilik sewa.
Kerajaan hanya memberi kebajikan 800 baht (RM106.40) kepadanya setiap bulan dan dia masih perlu membayar sewa dan keperluan harian. Disebabkan itu, dia menyewa teksi agar dia dapat menjana wang.
Setelah mendengar jawapan ini, Nongying begitu haru, dia memberikan wang tambahan kepadan lelaki itu dan memutuskan untuk menyiarkan kisahnya di media sosial dengan persetujuannya. Cerita ini menjadi viral dan mendapat perhatian media tempatan.
Menerusi TNA, pakcik itu mengatakan bahawa dia tidak akan memandu teksi jika dia tidak berasa sihat atau bersedia.
Katanya dia selalu memandu dengan kelajuan perlahan. Sekiranya dia tidak merasa sihat ketika memandu, dia akan meminta penumpang untuk membiarkannya berhenti di sebelah untuk berehat sebentar.
Dengan kuasa viral itu lah netizen berjaya mencari nama pakcik itu, Sumeth Singpun.
Mengikut cerita, selain gagal buah pinggang, dia juga menderita diabetes, tekanan darah tinggi, paru-paru berair, bengkak dan cacat kaki dan beberapa jari kaki telah dipotong.
Channel 3 Thai News pula melaporkan bahawa pakcik ini ada anak tapi gaji bulanan sangat sedikit,, jadi anaknya hanya mampu memberikan wang yang sedikit kepadanya setiap bulan.
Lebih sukar lagi, Sumeth ada jual telefon bimbitnya, jadi makin sukar untuk hubungi anaknya.
Akibat penyakitnya ini, Sumeth tak boleh baring betul-betul akibat paru-paru berair, malah dia juga tak boleh tak boleh duduk lama kerana kakinya akan bengkak.
Kisah viral, dapat bantuan
Disebabkan kisahnya yang viral, ramai media lawat Sumeth pada 28 Ogos lepas di bilik sewanya.
Disebabkan penularan itu juga Sumeth menjelaskan bahawa ramai orang melawatnya dan memberikan bentuan kepadanya.
Akaun derma Sumeth sehingga kini telah berjumlah 1,189,487 baht (RM158,050) dan kini ditutup.
Sumeth mengatakan bahawa wang itu akan digunakan untuk membeli kediaman kecil (supaya dia tidak kehilangan tempat tinggal) dan keperluan harian yang lain. Perbelanjaan perubatannya pula ditanggung.
Sumeth juga mengatakan bahawa dia tidak akan terus bekerja sebagai pemandu teksi kerana banyak orang telah menasihatinya untuk tidak melakukannya.
Pada masa sama dia berjanji kepada semua atas bantuan yang diberikan dan berjanji akan mencari kerja yang lebih sesuai dengan faktor kesihatannya.
Baca: “Ya Allah, kesiannya pakcik ni” – Berbuka Dengan Kerak Roti, Itu Pun Dapat Dari Longgokkan Sampah!