in

“Wak ni OKU Lembam, ajak budak-budak tu solat Asar”- Lelaki Ini Cerita Kisah Sebenar Warga Tua Yang Dibuli Sekumpulan Remaja

Featured 27
Lobak Merah
Lobak Merah
"Wak ni OKU Lembam, ajak budak-budak tu solat Asar"- Lelaki Ini Cerita Kisah Sebenar Warga Tua Yang Dibuli Sekumpulan Remaja
Loading
/

Baru-baru ini kecoh mengenai kisah seorang warga emas berusia 59 tahun dibuli sekumpulan remaja.

Malah video berdurasi 1 minit 24 saat yang menunjukkan warga emas itu dibuli juga jadi viral kurang 24 jam ia dimuatnaik di platform media sosial.

Tak lama lepas tu satu kampung pergi cari budak-budak tersebut dan bawa ke rumah pakcik itu supaya mereka meminta maaf.

Namun ramai yang tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku sebaliknya terus-terusan mengecam kumpulan remaja tersebut. Betul ke remaja tersebut bersalah? Atau sebenarnya pakcik tu yang cari pasal?

Perkongsian lelaki ini Zack Rahim di facebook menceritakan kisah sebenar yang berlaku dari awal sampai habis. Malah dia juga dedahkan siapakah warga emas tersebut.

 

“Wak Mudakir menegur kumpulan remaja itu supaya menunaikan solat asar tapi…”

Wak yang dibuli oleh sekumpulan remaja di Sijangkang itu sebenarnya adalah seorang OKU berumur 59 tahun. Beliau seorang yang lembam akibat kemalangan yang dialaminya 34 tahun dulu. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang pada 7 Mei lalu, Mohd. Mudakir Abdul Wahid, 59 dibuli dengan cara diejek, menjatuhkan motosikal dan dibaling cebisan kotak serta diketuk kepalanya dgn cebisan botol buruk. Ia berlaku kerana Wak Mudakir menegur kumpulan remaja itu supaya menunaikan solat asar. Mereka melepak dibulan Ramadan tapi tidak solat maka wak itu menegur mereka.

Satu

Walaupun wak itu OKU namun beliau selalu berada di masjid untuk bersolat. Beliau selalu merayau sekitar kampung dan mengajak anak2 muda yang melepak untuk bersolat di masjid. Walau dia lembam tapi dia tahu tanggungjawab seorang Muslim adalah kepada Allah. Cuma kali ini teguran wak menjadi gurauan yang melampau hingga ke tahap membuli dan yang membuli itu adalah budak2 sihat akal fikiran dan tubuh badan yang bertaraf cucu kepada wak.

“Budak-budak tu dibawa ke rumah wak supaya meminta maaf sebelum dihantar ke balai polis tapi wak tu cakap…”

Kesemua budak2 itu telah dikutip dan dibawa kerumah wak jam 11 malam hari yang sama. Ramai orang kampung yang marah dan malu dengan kejadian itu mencari budak2 itu dan bawa kepada wak. Wak pula memaafkan budak2 itu dan tak berhasrat melaporkan kepada polis. Wak beranggapan mereka budak2 dan memang itu perangai budak2.

Dua

Remaja itu dikira bernasib baik kerana ia kena pada wak yang berhati mulia dan soleh. Tapi adiknya yang berumur 49 tahun sememangnya amat marah sama seperti marahnya orang2 kampung yang berkumpul dirumah wak hingga jam 2 pagi.

Kejadian membuli dan memukul orang tua oleh anak muda amat tidak boleh diterima dan sangat biadap. Entah ajaran mana yang mereka ikuti atau contohi, ia perlu dihentikan. Tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak2 didik dengan sempurna walau bodoh macamana pun atau dikampung mana pun mereka tinggal. Akibatnya, nama ibubapa juga yang pasti akan terpalit walau bapa seorang imam atau ibu seorang ketua kumpulan marhaban di kampung. Melayu dan Muslim ada adab yang tinggi yang ditinggalkan nenek moyang dan Nabi2 kita. Hargailah!

Memang perlu diakui apa yang dilakukan sekumpulan remaja tersebut merupakan perbuatan yang salah malah mereka pun dah dapat ‘hukuman’ yang setimpal.

KIta sebagai netizen rasanya tak perlulah nak kecam dan terus menghentam budak-budak tu, sedangkan pakcik yang dibuli pun dah memaafkan kumpulan remaja tersebut kan. Kan lebih baik kalau saling maaf memaafkan.

Baca : Remaja Kena Tibai Cukup-cukup Dengan Orang Kampung Lepas Buli Pakcik Ni, Siap Main Kepala Lagi.

Budak