in

Virus COVID 19 Kini Tersebar Melalui Udara? Dr Amalina Nasihat Orang Ramai Untuk Buka Tingkap Rumah

Udara Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan kes COVID 19 di Malaysia kini sangat membimbangkan yang mana dari hari ke hari tiada tanda ia akan turun ke paras yang selamat.

Kebanyakan daripada kes juga katanya berlaku secara sporadik yang mana punca kes tersebut juga tidak diketahui dari mana dan tiba-tiba saja pesakit dijangkiti wabak COVID 19.


Antara perkara yang kini menjadi perdebatan ramai ialah betulkah wabak ini tersebar melalui udara?

Hal tersebut sebenarnya telah disebut oleh Dr Amalina Bakri menerusi tweetnya yang menasihatkan kita semua untuk tingkatkan pengudaraan yang baik di dalam rumah mahupun di pejabat.

Menurut Dr Amalina, demi untuk mengurangkan risiko COVID 19 tersebar menerusi udara, orang ramai dinasihatkan untuk buka tingkap dan pintu untuk membolehkan udara segar masuk ke dalam rumah atau pejabat.

Pengudaraan yang baik akan mengurangkan risiko virus tersebar menerusi aerosol iaitu apabila seseorang menghirup udara yang mengandungi partikel kecil selepas seseorang yang mempunyai virus tersebut berada dalam lokasi yang sama.

 

“Buka tingkap dan kerja di luar kalau boleh” 

Perkara yang dinyatakan Dr Amalina juga mendapat sokongan Dr Jemilah Mahmood yang juga menasihatkan perkara yang sama.

Menurut beliau, kawasan pejabat dan rumah memerlukan ventilasi yang baik. Kalau boleh buka tingkap rumah atau bekerja di luar untuk dapatkan pengudaraan yang baik.

Antara tips yang dikongsikan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski di Twitter juga boleh digunakan pakai oleh orang ramai seperti:

1. Buka pintu, guna kipas dan buka tingkap kereta untuk pengudaraan

2. Kalau berkongsi kereta, buka pintu. Kalau driver tak mahu, keluar dari kereta dengan sopan. 

Korang bolehlah ikuti semua tips ini kalau bimbang kawasan rumah tiada pengudaraan yang baik. Apa-apapun stay safe semua. Selamat BerPKP! 

Baca: “Jangan melawak pasal rakyat dah perg” –  Altimet Bagi Ayat ‘Padu’, Isu Dr Rafidah Tak Sensitif Kematian Covid 19?

Fi Altimet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.