in

Viral Video Wanita Tahan MPV Sampai Cabut Nombor Plat, Rupanya Ini Yang Berlaku…

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, beberapa video menunjukkan seorang wanita cuba menghalang sebuah MPV berwarna hitam dari bergerak telah tular di media sosial.


Menerusi laporan polis yang dibuat oleh pemilik kenderaan MPV yang ditahan, mangsa mengatakan wanita tersebut cuba menghalangnya dan membuat memprovokasi dan mencabut nombor plat kereta sebelum membalingnya ke arah cermin hadapan kenderaannya.

Selain itu anaknya juga turut membuat isyarat lucah serta mengeluarkan kata-kata kesat ke arah pengadu.

293163096 6169167766443379 7766214384871038404 N.jpeg

Disebabkan video ini telah tular, wanita tersebut telah menerima banyak kecaman dari netizen yang rata-rata mengutuk tindakannya.

Ekoran ini, menerusi ShinMin Daily wanita ini telah membuka mulut dan menceritakan perkara yang sebenar-benarnya berlaku hingga membuatkan dia bertindak sedemikian.

Img 0772.Jpeg

Menurutnya, dia dalam perjalanan untuk pulang ke Malaysia dan melawat sanak saudara di sana. Ketika itu anak lelakinya yang memandu. Apabila tiba di checkpoint JB, mereka melihat sebuah kereta Alphard cuba memotong barisan selepas lama menunggu.

Anak lelakinya bagaimanapun tak nak beri peluang untuk kereta Alphard tersebut memotongnya namun kereta tersebut tetap tak berhenti sehingga melanggar kereta mereka.

Selepas memeriksa kenderaannya, wanita ini berniat untuk tak mahu ambil pusing ekoran kerosakan yang minimal.

Kemudian, kereta Alphard hitam berhentikan keretanya dan turun sebelum memarahi anak lelaki saya dan cuba untuk cari gaduh. Tapi anak lelaki saya abaikan.”

Bengang anaknya dimarahi, wanita ini membuat keputusan untuk keluar dan bercakap dengan pemandu Alphard namun lelaki itu enggan bekerjasama atau berbincang dan meneruskan pemanduan walaupun melihat wanita itu di depan keretanya.

Img 0818.Jpeg 1

Lepas tu saya rasa sakit yang tajam pada bahagian paha dan menyedari kaki saya luka. Keadaan ini membuatkan saya marah dan terus cabut nombor plat kereta lelaki tersebut sebelum membalingnya ke arah cermin hadapan.”

Memang bila memandu ni perlukan kesabaran kan?

 

Baca: “Kain lain takde ke makcik?” – Nak Elak Disaman, Wanita Selamba Guna ‘Spender’ Pink Tutup Nombor Plat

Spender Pink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.