Disebabkan kecoh semalam video tular daripada seorang pengguna TikTok berkenaan dengan konspirasi mengenai watak Upin & Ipin, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd Haji Burhanuddin Md Radzi telah pun tampil memberi respon semalam menerusi Facebooknya.
Tak betul sebab Upin Ipin hanyalah watak kartun rekaan
Beliau yang juga memegang watak Tok Dalang dalam animasi itu menjelaskan bahawa dakwaan Upin & Ipin adalah wujud dan telah meninggal dunia itu hanyalah rekaan semata-mata.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Haji Burhan juga turut berseloroh bahawa Upin dan Ipin sihat sahaja dan ada hantar mereka ke sekolah setiap pagi.
https://www.facebook.com/hjburhan.radzi/posts/5525699120778893
Trending No. 1 di Indonesia
Disebabkan konspirasi tersebut, beliau juga menyatakan bahawa animasi Upin & Ipin kini trending nombor satu di negara jiran.
Akui terkejut dengan video pusara tersebut, Haji Burhan kongsikan bahawa beliau turut dihubungi oleh pihak media dari negara itu untuk mendapatkan kesahihan ini.
https://www.facebook.com/hjburhan.radzi/posts/5529339617081510
Bukan sahaja Pengarah Urusan, Penerbit untuk animasi Upin & Ipin, Mohd Zarin juga turut menepis dakwaan yang digembar-gemburkan itu.
https://www.facebook.com/mohdzarin.abdulkarim/posts/10158793552771305
Tidak diambil atau diinspirasi dari kisah sesiapa – Les’ Copaque
Untuk menjawab dengan lebih terperinci, pihak Les’ Copaque Sdn Bhd menerusi laman Twitter rasmi juga turut memberikan penjelasan bahawa watak Upin dan Ipin tiada langsung ada kaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup dan telah meninggal dunia.
Menurut Les’ Copaque, idea asal untuk watak Upin & Ipin itu datang daripada Hajah Ainon dan Haji Burhan sendiri yang memegang watak Opah dan Tok Dalang.
Secara ringkasnya, kisah-kisah dalam episod Upin & Ipin adalah hasil pengalaman Haji Burhan yang dibesarkan di kampung lalu diinterpretasikan dalam siri animasi ini.
Idea asal cerita Upin & Ipin adalah dari Hajah Ainon yang juga pelakon suara Opah. Setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi juga sarat dengan mesej yang bermanfaat. pic.twitter.com/uPjZtNAZ8E
— Les' Copaque (@lescopaque) January 17, 2022
Malah, Les’ Copaque turut menjelaskan serba sedikit latar belakang kisah mengapa Upin & Ipin merupakan anak yatim piatu.
Kenapa Upin dan Ipin tiada ibu dan ayah?
Ketika Upin & Ipin Musim 1 disiarkan di TV9, ianya merupakan projek sampingan saja. Oleh kerana kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja, tiada watak baru dihasilkan dan LCP memilih untuk menjadikan Upin dan Ipin anak yatim piatu. pic.twitter.com/n5fYHog5xB
— Les' Copaque (@lescopaque) January 17, 2022
Ia sebenarnya adalah disebabkan kekurangan tenaga kerja saat pembikinan awal animasi tersebut, malah sebab kenapa watak dua beradik kembar ini tiada rambut adalah, keterpaksaan mereka untuk mengurangkan kos dan mempercepatkan proses pembuatan pada waktu itu.
Haaaa, detail sampai jelaskan kenapa diaorang tak rambut.
Kalau nak tahu kisah dan sejarah tentang penubuhan Les' Copaque Production boleh dapatkan buku yang ditulis sendiri oleh Tn Haji Burhanuddin yang akan berada di pasaran pada bulan Mac nanti. pic.twitter.com/mn4pcQuv1j
— Les' Copaque (@lescopaque) January 17, 2022
Sebelum ini, viral satu video TikTok dari Indonesia memperlihatkan pusara yang tertulis nama Upin & Ipin yang telah meninggal dunia pada sekitar tahun 90-an dengan dakwaan yang kononnya kisah adik beradik kembar itu adalah dari kisah benar yang berasal dari Indonesia.
Dua beradik kembar ini dikatakan meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan ketika sedang bercuti dan watak animasi ini adalah ‘bayangan’ Opah sahaja kerana susah nak terima hakikat bahawa cucu mereka sudah tiada.
Kisah ni, mengingatkan min pasal cerita disebalik kartun Shin Chan dan spekulasi pasal kartun Doraemon dulu. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kes viral Upin & Ipin ni, boleh baca dekat link bawah ni.
Baca : Kecoh! Netizen Indonesia Dakwa Upin Ipin Sebenar Dah Meninggal Lepas Video Kubur Kembar Itu Tular