Dalam musim pandemik COVID 19, pemakaian pelitup muka antara perkara yang penting dalam mencegah diri kita daripada menghidap virus ini.
Oleh itu, face mask ini dianggap antara benda paling penting dan selalu kita bawa ke mana-mana saja tak kiralah hanya sekadar nak keluar ke kedai runcit sekalipun.
Walau bagaimanapun, beberapa hari ini tular video daripada luar negara yang mengatakan terdapat cacing halus yang keluar daripada pelitup muka yang diimport daripada luar negara. Alamak…
https://www.facebook.com/AutumnZuraiqi/posts/10216305824156835
Cacing atau organisma kecil berupa ulat itu menurutnya keluar selepas pelitup muka tersebut diwapkan beberapa saat.
Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada benar cacing tersebut wujud di dalam mask yang disebut posting berkenaan.
Malah pihak Kementerian Kesihatan pun tak ada beri apa-apa maklum balas berkenaan isu ini.
“Akhirnya… akak masak jer sebelum guna”
Disebabkan was-was dan takut dengan isu tersebut, seorang wanita menerusi grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi’ beritahu yang dia sanggup masak atau merebus face mask yang dibelinya.
Sejak viral cacing halus di mask ini, was was nak pakai. Akhirnya akak masak jer sebelum guna,” katanya.
Tindakan ‘kakak’ ini telah mendapat pelbagai respon netizen yang rata-rata berasa lucu sehingga ada yang mengesyorkannya untuk ‘makan’ saja mask tersebut kerana ia sudah dimasak. Hadoilah korang!
Apa-apapun korang janganlah cepat terpedaya dengan perkara viral macam ni kat media sosial. Tanya KKM dulu betul atau tak perkara macam ‘cacing’ ni terjadi.