Belum lagi ditayangkan, drama arahan Erma Fatima telah menjadi buah mulut seluruh rakyat Malaysia gara-gara pelakon utamanya, Zul Ariffin memuat naik adegan babak panas di antara dirinya dan pelakon baru Siti Hariesa di Instagram Sabtu lalu.
Hantaran yang telah pun dipadamkan itu telah menunjukkan aksi keterlaluan antara dua pelakon ini seperti menyuap whipping cream dan membuat aksi-aksi mengghairahkan seperti babak lucah dalam filem-filem Hollywood.
Ekoran dari ini, pelakon, pengarah dan pihak produksi telah dikecam oleh netizen kerana membenarkan babak seperti ini dibuat serta mahu menayangkannya pada bulan Ramadan.
“Bercanggah dengan tuntutan agama”
Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula berkata, pihaknya akan memanggil produksi drama ‘Perempuan Itu’ termasuk pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa ekoran babak yang dilihat bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di sini.
Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata pihaknya akan bertemu dan berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung perkara ini, lapor Sinar Harian.
Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur.”
Datuk Ahmad Marzuk turut menasihatkan pemain industri drama dan filem untuk sentiasa peka dengan perkara sebegini kerana ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan bimbang ia bakal menjadi ikutan sekiranya gagal ditangani sebaik mungkin.
Banyak lagi cara lain untuk buat filem yang berkualiti tanpa perlukan adegan yang tak manis macam ni. Tengok je lah filem Iran tu, takde pun tunjuk benda-benda macam ni tapi filemnya ditonton di seluruh dunia.
Baca: Zul Ariffin Kongsi Trailer Drama Melayu, Siap Ada Babak Panas Persis Filem Dewasa