in

Violet Jessop: Jururawat Yang Terselamat Dalam Tiga Insiden Kapal Karam Termasuk Titanic, Tapi Tak Pernah Berhenti Kerja Kapal!

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang adalah antara penumpang yang naik Titanic dan terselamat, korang mesti serik nak naik mana-mana kapal kan? Tapi bagi Violet Jessop, walaupun dia pernah terlibat dengan tiga insiden kapal karam termasuk Titanic, dia tetap menghabiskan hampir separuh usianya di laut. Jom kita kenal wanita badass ni!

Hampir mati masa kanak-kanak

2 Violet Jessop Sickly E1515436663340 731X492 1

Violet Constance Jessop dilahirkan pada tahun 1887 dan dibesarkan di Argentina. Ibu bapanya, William dan Katherin Jessop merupakan pendatang Irish yang menguruskan kandang kambing.


Violet mempunyai lima adik beradik dan ketika dia kecil, dia telah mendapat jangkitan batuk kering (TB) dan doktor ramal dia hanya ada beberapa bulan sahaja untuk hidup. Pun begitu, Violet berjuang untuk sembuh dan hidup lama.

Jadi pramugari di usia 21 tahun

Selepas bapanya meninggal ketika dia berusia 16 tahun, Violet dan keluarganya pulang ke Britain dan Violet dihantar ke sekolah Convent sementara ibunya menjadi pramugari untuk syarikat kapal Royal Mail Line.

Namun, selepas ibunya jatuh sakit, Violet mula meninggalkan sekolah dan mengikut jejak ibunya bagi menanggung adik-adiknya.

Violet menyambung legasi ibunya dengan bekerja sebagai pramugari di Royal Mail Line sebelum bertukar kerja kepada White Star yang terkenal dengan penumpang-penumpang yang cerewet.

Tak nak ambil dia bekerja sebab terlalu muda dan cantik

Violet Jessop 2

Kalau korang nak tahu, sebelum dia mula bekerja, Violet sangat susah nak dapatkan pekerjaan memandangkan kebanyakan pramugari ketika itu berusia pertengahan tahun, majikan ramai yang tak nak ambil Violet bekerja kerana risau penumpang dan krew lain akan terganggu dengan kecantikannya.

Disebabkan ini, Violet cuba untuk kelihatan lebih tua dengan memakai baju-baju lusuh dan tak mengenakan alat solek sehinggalah dia diberikan pekerjaan. Kecantikan Violet tak dapat disorokkan lama kerana sepanjang dia bekerja sebagai pramugari, dia telah mendapat tiga lamaran untuk dijadikan isteri! Fuh dahsyat

Bekerja ‘atas’ Olympic

The Hms Hawke Collided With The Rms Olympic In 1911 Photo U1

Ketika Violet menyertai syarikat White Star Line, dia telah bekerja selama 17 jam sehari dengan bayaran £2.10 sebulan (bersamaan dengan £200 sekarang).

Ketika Olympic membuat pelayaran yang ke-5 merentas lautan Atlantik, kapal ini telah bertembung dengan HMS Hawke pada 20 September 1911. Kedua-dua kapal ini mengalami kerosakan yang teruk.

Kesemua penumpang telah diturunkan di Teluk Osborne dan dipaksa untuk mencari sendiri jalan pulang ke destinasi. Kerja membaik pulih Olympic mengambil masa dua minggu sahaja selepas syarikat ini berusaha untuk tunjuk yang kapal ni boleh mula belayar semula kerana mahu menjaga reputasi.

Dipujuk untuk bekerja atas Titanic

The Titanic 006

Walaupun telah terlibat dengan kemalangan, ia tak mematahkan minat Violet untuk terus bekerja di atas kapal.

Titanic, saya dengar banyak berita mengatakan ia kapal yang tak akan karam. Saya seorang jururawat. Tapi atas Titanic saya akan jadi pramugari. Mak saya juga seorang pramugari.

“Walaupun saya sangat tak setuju untuk belayar semasa cuaca buruk, tapi saya percaya tuhan akan selamatkan saya. Saya tak pernah nak naik Titanic, tapi lepas dipujuk oleh kawan, saya nak cuba dan tengok jika saya suka atau tak. 

“Kalau ada sesuatu yang berlaku, saya akan lawan sama macam saya lawan bila saya dapat TB dulu. Tapi kalau betul kapal ni tak akan karam, tak ada yang perlu saya takutkan.”

Di dalam memoirnya Violet menceritakan, ketika Titanic melanggar gunung ais, dia sedang dalam keadaan mengantuk dan bersedia untuk tidur. Krew kapal kemudiannya dimaklumkan dan Violet telah ditugaskan untuk membantu wanita dan kanak-kanak untuk masuk ke dalam kapal penyelamat.

Apabila orang ramai mula naik ke dalam kapal penyelamat, Violet melihat ramai wanita memberikan pelukan terakhir kepada suami-suami mereka sebelum naik ke dalam kapal bersama anak-anak.

Akhirnya, Violet diarahkan untuk masuk ke dalam kapal penyelamat bagi membuktikan kepada penumpang-penumpang lain yang kapal tersebut selamat. Bila kapal penyelamat mula diturunkan ke laut, seorang pegawai telah meletakkan bayi ke atas paha Violet dan meminta wanita ini untuk menjaganya.

Duduk dalam bot penyelamat selama lapan jam sambil pegang bayi

She Helped Rescue A Baby Photo U1

Violet duduk di dalam bot penyelamat selama lapan jam sebelum dia dan penumpang lain diselamatkan.

Saya pegang bayi tersebut lepas diselamatkan dan tiba-tiba seorang wanita datang ke arah saya dan ambil bayi tersebut sebelum pergi. Rupanya, dia tinggalkan anaknya di dek Titanic untuk ambil sesuatu dan bila datang balik, bayinya dah tak ada.”

Masa wanita tu ambil bayinya dari saya, saya terkejut dan terkedu sampai tak terfikir kepana wanita ni tak ucap “terima kasih.”

Ketika Titanic karam, seramai 1,503 orang mati dan Violet ketika itu baru berusia 25 tahun.

Insiden kapal karam ketiga

193Px Violet Jessop Titanic

Pada tahun 1916, Violet sekali lagi terlibat dalam insiden kapal karam. Ketika ini, dia telah mendapat pekerjaan sebagai seorang jururawat untuk British Red Cross ketika perang dunia pertama dan perlu berkhidmat di atas kapal bernama Britannic.

Kalau korang nak tahu, kapal ini telah membawa askar-askar yang tercedera di lautan Mediterranean untuk di bawa pulang ke Britain. Bagaimana pun, ketika pelayaran, kapal ini terlanggar lombong dan mengalami kerosakan teruk dan mula karam ke dalam lautan Aegean.

Saya terjun ke dalam air tapi kemudiannya disedut di bawah kapal dan kepala saya terlanggar bucu tajam di bawah kapal. Saya terselamat, tapi beberapa tahun selepas itu saya mula sering sakit kepala bila saya jumpa doktor, dia beritahu yang tengkorak kepala saya retak!”

Britannic mengambil masa tak sampai satu jam untuk karam. Berbanding Titanic, lebih seribu penumpang dapat diselamatkan dan hanya 30 menemui ajal kerana kapal ini mempunyai kapal penyelamat yang jauh lebih banyak.

Bersara selepas 42 tahun belayar

E5D7D3B55E72583C2B086E77D6237628

Bila dah lalui tiga kemalangan yang mengerikan ini, korang mesti ingat Violet akan berhenti berkerja di laut kan? Tapi, selepas perang, Violet telah menyertai syarikat Red Star Line dan bekerja dengan syarikat pelayaran untuk beberapa tahun lagi. Sejak itu, dia tak pernah lagi terlibat dengan apa-apa insiden kapal karam.

Violet pernah berkahwin sekejap tapi tak dikurniakan dengan cahaya mata. Dia telah bekerja di atas kapal selama 42 tahun sebelum bersara.

Mendapat jolokan sebagai “Miss Unsinkable”, Violet memberitahu yang dia pernah menerima panggilan dari seorang wanita mengatakan yang dia adalah bayi yang Violet selamatkan dulu.

Violet yang tinggal di Suffolk, England meninggal kerana kegagalan jantung di usia 84 tahun pada 5 Mei 1971.

Sumber: Ranker

 

Baca: Bukan Sebab Langgar Iceberg? Ini Rupanya Sebab SEBENAR Kenapa ‘The Unsinkable Ship’ Titanic Tenggelam Dalam Laut

Screenshot 2020 11 09 At 5.27.51 Pm

Sumber: Ranker
Sumber: Ranker
Sumber: Ranker
Sumber: Ranker
Sumber: Pinterest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.