Pada 11 Januari ini, anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah difahamkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati, Dayang Anisha Rosnah Adam.
Seperti adat-adat kebiasaan bagi orang Melayu yang beragama Islam, pastinya akan ada majlis khatam al-Quran dan baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan Dayang Anisha berada di dalam majlis tersebut yang diadakan bersempena pernikahan mereka.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Siap ada lagu” – Perkahwinan Putera Mateen Curi Tumpuan, Bakal Berlangsung Selama 10 Hari
Artikel berkaitan: Ini Fakta Menarik Tentang Dayang Anisha, Wanita Cantik Yang Berjaya Tawan Hati Putera Mateen
Dayang Anisha khatam al-Quran
Menerusi video tersebut, Dayang Anisha dilihat memakai sepersalinan baju kurung berwarna putih dan sedang membaca al-Quran.
Majlis itu juga katanya dihadiri oleh Putera Mateen dan bondanya, Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz yang menyaksikan majlis tersebut berlangsung.
@onlytmski the way Prince Mateen looks at his future wife 🥹🥹 #princemateen #anishaik #foryoupage #bruneiroyalwedding #fypppppppppppppp
Video berkenaan menarik perhatian netizen yang mana rata-rata memuji suara lunak dan halus Dayang Anisha serta mendoakan semoga pasangan itu beroleh kebahagiaan dalam perkahwinan.
Majlis khatam al-Quran tersebut difahamkan telah diadakan pada Rabu lepas, beberapa hari sebelum istiadat bermula secara rasmi pada Ahad lepas dengan Adat Membuka Gendang Jaga-Jaga.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu dilaporkan akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada Ahad lalu manakala majlis akad nikah pula akan berlangsung pada 11 Januari ini.
Semoga berbahagia!