Baru-baru ini sebuah video yang meraih 2.1 juta jumlah tontonan serta mendapat lebih 134,000 tanda likes dalam masa sehari ia dimuat naik ke TikTok telah mengundang sebak orang ramai.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang pakcik berkopiah yang berada dalam lingkungan usia 50 tahun telah datang ke sebuah kedai telefon bimbit untuk menjual telefon bimbit berjenama Nokia.
@asiah1106 CONTENT SEDIH- PAKCIK NI MAI KEDAI NAK JUAL HNSET NOKIA BEDA BELI BERAS #ibukutuasiah #kutuasiah #fypシ #foryoupageeeee #iphone #fyp #xyzbca #kedah #sungaikedah
Tetapi, pekerja wanita tersebut memberitahu bahawa mereka tidak menerima handphone model lama itu sebelum bertanya tujuan sebenar pak cik itu menjual telefon bimbit berkenaan.
“Telefon ni kami tak ambil pakcik, jenis lama ni. Sebab apa pakcik nak jual?,” jelas wanita itu.
Bagaimanapun, disebabkan telefon bimbit itu adalah model lama wanita itu tidak dapat membeli dengan harga yang tinggi, namun, pakcik itu memberitahu bahawa dia hanya memerlukan RM20 demi membeli beras.
Melalui sebuah video berlainan, dapat dilihat wanita yang bekerja di kedai telefon bimbit itu telah menghulurkan bantuan terhadap pak cik itu dengan memberikan wang ringgit sebanyak RM300.
@asiah1106 Replying to @Ikhlas Awiera TERIMA KASIH SEBAB RAMAI YANG PRIHATIN DENGAN PAKCIK NI . INI HANYA CONTENT KAK SHARE UTK SEMUA . BOLEH TERUSKAN BERBUAT BAIK PADA ORANG TUA ❤️ DOAKAN ABAH KAK SEHAT NA , DIA TAK BERAPA SEHAT #ibukutuasiah #kutuasiah #fypシ #foryoupageeeee #iphone #fyp #xyzbca #kedah #videoviral
Walaubagaimanapun, difahamkan pemilik TikTok tersebut telah memaklumkan yang video tersebut adalah sekadar konten yang sengaja dibuat, bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
“Semoga dipermudahkan urusan pakcik dunia akhirat” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat keadaan pak cik itu yang terdesak sampaikan sanggup menjual telefon berkenaan dan ada juga di antara mereka yang mahu membantu pak cik tersebut.

Sedih! Semoga pak cik ni dipermudahkan segala urusan.
Baca : Ibu Tak Cukup Duit Nak Beli Susu Anak, Ganti Dengan Air Rebusan Nasi

