in

[Video] Tak Tahan Rindu, Gadis Dapat Jumpa Mak Ayah Dekat Sempadan Sambil Disaksikan Polis Undang Sebak

Rindu4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, sepanjang musim PKP dan PKPB yang membataskan kita untuk pergi merentas negeri ini pastinya menjadi satu dugaan buat segelintir orang yang tinggal di ibu kota kerana berjauhan dengan orang yang tersayang.

Kalau kita ingat balik dah berapa bulan tak boleh rentas negeri kan?


Kadang-kadang rasa rindu tu tak boleh kita nak kawal lagi dah macam wanita ini.

Menerusi akaun TikTok, wanita ini melepaskan rindu dekat ibu bapanya dengan bertemu di sempadan negeri, betul-betul dekat tempat sekatan jalan raya polis.

 

“Rindunya ya Allah. Aku nak balik Kedah pun tak boleh, ma abah nak datang Perlis pun tak boleh. Jadi kami decide untuk jumpa dekat sempadan Kedah/Perlis.”

Atlet2

Menerusi mStar Online, gadis berkenaan, Nur Nadiatul Muhammad Mahiri memberitahu bahawa ia dirakam secara spontan ketika bertemu dengan ibu bapanya dekat gerbang di sempadan Kedah dan Perlis, petang Jumaat lalu.

Katanya kali terakhir dia dapat pulang ke kampung halaman di Alor Setar, Kedah pada Disember tahun lalu sebelum PKP dilaksanakan.

“Saya ada cuba mohon kebenaran polis untuk pulang ke kampung tapi tak lepas, begitu juga mak ayah ada buat perkara yang sama pun tak lepas.”

“Sekarang ini pihak berkuasa telah mengetatkan syarat untuk merentas negeri walaupun di sebelah negeri seperti Kedah dan Perlis, iaitu hanya kes-kes kecemasan sahaja yang dibenarkan.”

Kata gadis yang lebih mesra dengan panggilan Farisya ini lagi, dia mula hidup berdikari kira-kira tujun tahun apabila menjadi atlet olahraga untuk lempar cakera dan kini menjalani latihan di Kangar, Perlis.

Atlet

Menurutnya, dia selalu pulang kampung untuk jumpa mak ayah setiap hujung minggu jika ada kelapangan memandangkan Kangar dan Alor Setar di bersebelahan negeri.

“Jika sebelum ini setiap kali tibanya Ramadhan, kami atlet masing-masing dibenarkan pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama.”

Gadis 20 tahun akui rasa sedih kerana tidak dapat berbuka puasa dengan keluarga untuk tahun ini.

“Tahun lepas kami diarahkan balik ke kampung disebabkan PKP yang pertama, jadi dapatlah bersama keluarga sepanjang Ramadhan. Tapi ini adalah pertama kali saya dan lain-lain terpaksa berbuka puasa tanpa keluarga. Memang sedih.”

Bagaimanapun, kerinduannya terhadap ibu dan bapa yang masing-masing berusia 49 dan 51 tahun semakin membuak dan tak dapat nak tahan lagi.

“Sebelum kali setiap kali balik kampung, mak akan masakkan makanan kegemaran saya iaitu sambal sotong dan ketam berempah. Masakan mak paling best.”

“Jadi, saya minta mak ayah untuk bawakan sambal sotong dan ketam berempah untuk juadah saya berbuka puasa, dan bertemu dekat dengan pintu gerbang sempadan Kedah/Perlis.”

https://www.instagram.com/p/CNyp3wFJ1xU/

Katanya pertemuan mereka walaupun tempoh tak sampai setengah jam itu cukup bermakna. Mereka bertemu di sempadan negeri.

“Bukan setakat saya dan mak menangis, ayah pun menangis sama. Nenek ada ikut tapi hanya tunggu dari kereta yang diletakkan kira-kira 10 meter dekat sebuah restoran. Kami kemudian baru tahu polis benarkan untuk bawa kereta dekat sikit sebab ada tempat untuk parkir.”

“Saya lambai tangan kat nenek dan nampak nenek lambai balik. Mak ayah ada pesan untuk saya sabar dengan macam-macam dugaan. Insyaallah dengan kesabaran, hujung-hujung nanti ada manisnya.”

Bagaimanapun, dia berharap agar ada kelonggaran untuk merentas negeri berjumpa dengan keluarga di kampung. Tetapi dia rasa bersyukur kerana berkesempatan merasai sambal sotong dan ketam berempah air tangan ibunya dan dapat terubat rindu.

 

Baca : “Ramadhan rasa kosong”- Sebak! 2 Tahun Tahan Rindu, Belum Sempat Jumpa, Ayah Dah ‘Pergi’ Dulu

Ayah

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.