in

[VIDEO] Tak Amal Makanan Sihat, Pakcik Kongsi Sebab ‘Hilang’ Sebelah Kaki

kaki dipotong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyakit kecing manis atau diabetes tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia dan kini menjadi topik perbualan biasa sahaja.

Penyakit diabetes sering dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan sahaja. Namun, penyakit ini juga amat berkait rapat dengan cara pemakanan tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat.


Memetik sumber Utusan, dianggarkan kira-kira tujuh juta rakyat negara ini yang berusia 18 tahun ke atas berisiko menghidap diabetes menjelang 2025.

Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok, seorang pesakit diabetes menceritakan tabiat pemakanannya serta sebab apa kakinya terpaksa dipotong.

@kedidi_kakipalsu

Abang Azlan share tabiat dia masa muda.Umur 45 dia kata dah start nampak kesan.Perlu kaki palsu tapi tak mampu? boleh hubungi kami.Moga bermanfaat #diabetes #kencingmanis #kedidikakipalsu #amputeeinfo

♬ original sound – kedidikakipalsu – kedidikakipalsu

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Abang Azlan, dia telah menghidap penyakit itu sejak 30 tahun lalu. Segalanya berpunca akibat tabiat yang gemar minum teh ais dan teh tarik setiap hari tanpa mengira masa.

“Abang minat teh tarik. Pagi petang siang malam teh tarik, teh ais. Teh ais dalam kereta sentiasa ada.

“Habis je teh ais, sambung beli lagi,” katanya.

Bukan itu saja, dia juga gemar minum air berkarbonat dan turut mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat seperti makan roti canai dan teh tarik pada pukul 3 hingga 4 pagi.

Penyakit diabetes yang dihidapi olehnya mula menjadi serius apabila dia mengalami luka di bahagian kaki akibat terkena paku. Ujarnya, kesan penyakit kencing manis itu mula ketara apabila usia menjangkau 45 tahun.

“Punca dia mula ketara bila umur kita naik 45 tahun ke atas. Mula dipinggang, jantung. Masa umur 30-an dia tak ada,” ujarnya.

Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah Abang Azlan ini.  

Baca: “Paras gula naik sampai 900” – Gemar Makan Benda Manis, Lelaki Dedah Adik Meninggal Kena Serangan Jantung
adik meninggal manis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.