Macam yang korang tahu, tahun lepas Snoop Dogg telah memilih Joe Flizzow untuk berkerjasama bagi album terbaharunya yang menampilkan artis hip hop dan R&B dari serata dunia.
Tak terhenti setakat itu, baru-baru ini akaun rasmi Johor Darul Ta’zim FC (JDT) telah memuat naik lagu terbaru dari Snoop Dogg dan Joe Flizzow bertajuk ‘Pioneers’ yang dicipta khas untuk pasukan bola terulung ini.
Kalau korang nak tahu, sebelum ni dalam salah satu video yang dimuat naik oleh Snoop Dogg, orang Malaysia ada perasan yang rapper ini ada menyarungkan jersi JDT. Rupa-rupanya!
PIONEERS by @SnoopDogg & @flizzow
Exclusively for Johor Darul Ta'zim FC lyrics & music video.
Watch the full video on our YouTube channel at https://t.co/rFWPdrm4Rq#Premiere#WorldwideRelease#JDTxUniversalMusic pic.twitter.com/HPvhnMoKyk
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 17, 2022
Muzik video yang dimuat naik di YouTube ini turut menampilkan barisan pemain JDT dan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris.
Walaupun baru sahaja beberapa jam dimuat naik, muzik video ini telah pun mendapat hampir 10,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.
“JDT is on another level”
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat JDT turut memuji pemasaran yang dibuat oleh pasukan ini sekaligus meletakkan kelab bola ini sebagai salah satu kelab teratas di Malaysia.
Wow JDT ni memang betul-betul luaskan kuasa dorang! Gempakkkk
Baca: Penyerang JDT, Syafiq Ahmad Kemalangan, Bayi Lelaki Dan Ibu Mertua Maut