Pernah tak korang dengar cerita-cerita seram yang selalu jadi kat sekolah korang? Tak kisah lah sekolah rendah ke sekolah menengah ke… Tapi cerita seram ni jadi kat sekolah-sekolah asrama selalunya.
Macam video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @dyamohamad90, yang mana dia mendedahkan sejarah seram mengenai sebuah sekolah di Kuala Kangsar, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford.
@dyamohamad90 Apa ke payah benor nak sebut nama pengetua sekolah ni?? korg nak part 2 tak:? #tiktokguru #perak #learnontiktok #jombelajar
Jadi markas tentera Jepun
Difahamkan SMK Clifford itu merupakan salah satu sekolah tertua di Malaysia yang telah dibina pada 1897 oleh Charles Hogan yang merupakan pengetua pertama di sekolah tersebut. Disebabkan itu, sekolah ini juga dikenali sebagai Sekolah Hogan.
Dari video yang sama, wanita ini menjelaskan bahawa selepas tentera British kalah pada Perang Dunia Kedua, tentera Jepun telah memaksa Hogan untuk menyerahkan sekolah tersebut untuk dijadikan markas mereka.
Anak Hogan dibunuh masa main piano
Dek kerana tidak mahu mengikut arahan yang diberikan, tentera Jepun dengan segera memancung kedua-dua anak Hogan ketika sedang bermain piano. Oleh kerana itu, gangguan misteri setiap 14 hingga 16 Mei akan berlaku.
Dalam video tersebut, dia juga turut menjelaskan mengapa pihak atasan sekolah itu akan mewajibkan pelajar-pelajarnya untuk pulang ke rumah keluarga jika tarikh tersebut jatuh pada hari cuti.
Manakala jika tarikh tersebut jatuh pada hari biasa iaitu dari Isnin hingga Jumaat, pihak sekolah akan meminta pelajar untuk tidur beramai-ramai di hostel masing-masing kerana dipercayai hantu Hogan akan pergi dari katil ke katil untuk mengganggu pelajar sekolah.
Kenapa 14-16 Mei?
Tambahnya lagi, katil yang digunakan di hostel sekolah berkenaan merupakan katil dua tingkat atau double-decker dan dipercayai hantu Hogan akan menjenguk pelajar dari katil di bahagian atas.
Tapi, ramai yang tertanya-tanya, kenapa dalam banyak-banyak tarikh, kenapa hanya tarikh 14 hingga 16 Mei sahaja gangguan misteri itu berlaku? Haa, ini jawapannya…
“Hantu Hogan akan datang dengan isteri, balik ke kawasan untuk cari anak-anak mereka yang mereka tinggalkan masa menyelamatkan diri tapi malangnya mereka berdua juga dibunuh dengan kejam” – Wanita dalam video
Ini sambungan video bahagian kedua yang korang boleh dengar penjelasan seterusnya lepas orang ramai ada yang mengatakan bahawa cerita tersebut merupakan cerita dongeng semata-mata.
@dyamohamad90 Reply to @nadiaamrina631 nah semoga awk mimpi indah.tidur katil double decker ke tuu? #perak #learnontiktok #jombelajar
Wanita itu juga mengatakan setiap kali tibanya tarikh tersebut, SMK Clifford akan mengadakan bacaan yassin secara berjemaah selepas waktu maghrib. Ketika itulah segala gangguan akan muncul seperti perbualan orang British di bilik-bilik hostel dan bunyi piano dimainkan.
Fuh, seram betul ni… Meremang je min sepanjang dengar video ni! Tapi, ni bukan sekolah yang sama macam sekolah Tokti dulu tau…
Baca: [VIDEO] Pintu Buka & Tutup Sendiri di Lalaport, Ingat ‘Berhantu’ Rupanya…