in

[VIDEO] Seram! Kelibat ‘Lembaga Misteri’ Muncul Ketika Zoom In Di Google Earth

Fi Hitam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan masa korang tengah scroll gambar atau tengok video-video lama, korang ternampak ada kelibat ‘tak diundang’ dengan korang dalam gambar atau video tu.


Macam pengalaman seorang pengguna aplikasi ini boleh dikatakan seram, lepas dia ternampak kelibat ‘lembaga misteri’ di tengah hutan.

 

Nampak lembaga misteri dalam Google Earth

Beberapa hari lalu, viral di TikTok apabila perkongsian seorang individu ini menarik perhatian ramai.

Posting yang dimuat naik oleh @hidden.on.google.earth ini, menunjukkan dia ketika itu tengah menggunakan aplikasi Google Earth.

Hitam 1

Namun ketika dia zoom in di sebatang jalan, dia terlihat satu susuk lembaga misteri berbaju hitam dan berambut panjang sedang berdiri  di tengah jalan di sebalik pagar yang dah dikunci.

Apa lebih menyeramkan, lembaga itu hanya berdiri seorang diri dan di sekelilingnya hanya ada pokok-pokok yang tinggi dan tebal.

Menurut Daily Star, kelibat tersebut menyerupai adegan yang terdapat dalam filem The Blair Witch Project, di mana kisahnya tiga orang pelajar hilang ketika mereka masuk ke sebuah hutan yang misteri.

@hidden.on.google.earth

this looks like something out of a horror movie? #hiddenongoogleearth #googleearth #googlemaps #viral #streetview #wtf #scary #creepy #strange

♬ Dead Silence – Alx beats

Walaupun telah dimuat naik hampir sebulan yang lalu, namun ia masih menjadi bualan hangat netizen dan sehingga kini video itu telah meraih lebih dari 4 juta views.

 

“Tak sepatutnya ada orang dekat situ”

Di ruangan komen posting tersebut, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen. Ada yang tak percaya dengan dan anggap video tu dah di edit, tapi masih ada yang rasa benda tu betul dan menyeramkan.

Reak Hitam 2 Edit

Reak Hitam 1 Edit

Reak Hitam 3 Edit

 

Korang pernah tak nampak kelibat macam ni bila guna Google Earth? hehe hati-hati.

 

Baca : “Apaa tu!” – [VIDEO] Seram! Gadis Sering Diganggu, Terakam Kelibat ‘Lembaga’ Dalam Rumah

Foot Hitam

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.