Setiap pasangan yang akan menimang cahaya mata pasti akan berasa teruja dan gembira ketika menunggu momen indah apabila si kecil itu melihat dunia ini buat kali pertama.
Namun kadang-kala apabila keadaan rumah tangga sedang bergolak, momen indah seperti ini boleh bertukar menjadi antara momen paling sedih dalam kehidupan.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, seorang wanita berkongsikan kisahnya bersendirian di wad bersalin sambil menghitung hari melahirnya anaknya itu.
@norsufiiajohari Sye MMG Xnk nangis..tp hati Sye bukan hati robot boleh di setting mood..LG sedih bile die live ramai yg support fitnah die tu..hati korg pergi mane yea? hati korg dh mati ke #sahabatbosskay jgn gelakkan ujian org Sebb mungkin belum tiba ujian korg#pregnant #tiktoker #fypシ #viral #fypシ゚viral #fypage #tiktok #fypp #tiktoker #fyp #hello2023
Tiada peneman di dalam wad bersalin
Nursufia Johari atau lebih mesra dengan panggilan Cik Pia meluahkan rasa sedih mengenangkan nasib rumah tangganya yang sedang bergoyang saat dirinya sedang menanti hari melahirkan zuriat.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Cik Pia yang memakai baju pink sedang berada di bawah pemantauan doktor di dalam wad dan difahamkan dia sedang menanti waktu untuk bersalin.
Bagaimanapun, apa yang menyentuh hati warganet ialah apabila Cik Pia akui cemburu melihat semua bakal ibu lain ditemani suami mereka, sedangkan dia bersendirian di wad tersebut tanpa suami di sisi.
Hubungan dengan suami tidak baik??
Meskipun dia berasa sedih dan sayu dengan nasib yang dilaluinya, Cik Pia terima segala ujian yang diberikan dengan hati yang terbuka demi insan tersayang seperti anak-anak dan keluarga yang sentiasa menunggu kepulangnya itu di rumah.
Walaupun dikatakan hubungannya dengan suami tidak baik, dia tetap memberanikan diri meminta lelaki itu untuk datang dan melaungkan azan buat zuriat mereka nanti. Namun, lelaki berkenaan tidak memberikan sebarang respon.
“Saya ada mesej ayahnya untuk datang azankan zuriat dia tetapi tetap sama, tak ada respon. Saya bukan nak patah balik pada dia cuma saya nak dia bertanggungjawab pada anak-anak je. So tak adalah nanti fitnah saya kata saya tak bagi tengok,” tulisnya.
“Betapa kuatnya Cik Pia…” – Netizen
Rata-rata warganet sempat menitipkan pesanan dan juga mendoakan Cik Pia serta meninggalkan kata-kata semangat diruangan komen buat dirinya.
Semoga Cik Pia dapat tabah lalui dugaan ini…
Baca : Cuti Bersalin Naik Kepada 98 Hari, Waktu Kerja Turun Ke 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari