in

[VIDEO] Ramai Sebak Tengok Lelaki Sanggup ‘Ride’ Motosikal Sebelah Tangan Sejauh 40KM Bawa Hadiah Anak

ft lelaki ride 40km

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bapa pasti sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan keluarga terutama anak-anaknya.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan effort seorang bapa yang sanggup menaiki motosikal sejauh 40KM demi membawa balik hadiah buat anak-anaknya.


Bawa motosikal dengan sebelah tangan

@nurulainjidan

Jasa & pengorbananmu tidak terhitung… Terima kasih untuk segalanya ❤️❤️❤️

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 590K tontonan dan meraih 50.8K tanda suka di platform media sosial TikTok.

Daripada video berkenaan, dapat dilihat gelagat comel kanak-kanak yang teruja selepas ayah mereka memberikan hadiah mainan kepada mereka.

Tapi, apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila si ayah sedaya upaya ride sejauh 40 kilometer demi memberikan kejutan kepada anak-anaknya itu.

Malahan, dia mengemudi motosikal dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja sebab tangan yang sebelah lagi sibuk memegang mainan.

Screenshot 4

Selepas mereka menerima hadiah tersebut, kelihatan riak wajah mereka yang teruja dan tidak sabar sehingga mereka membuka kotak mainan berkenaan di hadapan pintu rumah.

“Aww teringat masa kecik, ayah selalu surprise mainan macam ni, happy sangat” – Netizen

Ruangan komen dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa teruja dan tersentuh dengan tindakan si ayah yang sanggup melakukan apa saja demi membahagiakan anak-anaknya. Ada juga warganet yang sempat mendoakan kesejahteraan keluarga terbabit.

Screenshot 2023 01 20 132344

Comelnyaaaa! Terbaik abang ni dia sanggup buat demi anak-anak dia..

Baca : [VIDEO] Majikan Hadiahkan Proton Saga Buat Staf Indonesia Yang Dah Berkhidmat 10 Tahun

hadiah proton saga 758x399 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.